Halaman

Selasa, Ogos 30, 2011

SALAM Eid 1432H / 2011M


TANGGAL 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432 Hijrah adalah hari raya, tetapi tidak menjadi untuk bertepatan dengan 31 Ogos 2011, sebagai hari besar untuk umat Islam dan rakyat Malaysia.  Hari Raya adalah hari kebesaran dan satu ibadah khusus kepada Allah.  Inilah keistimewaan Islam, hari raya yang dirayakan meriah bersama ahli keluarga dan masyarakat, berkunjung-kunjung dan menikmati hidangan merupakan satu ibadah kepada Allah.  Semua ini untuk mendidik umat Islam bermuamalat dengan jalan yang ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah, sebagaimana juga ibadah khusus lain seperti solat dan doa.

 anak-anak dan sebagian keponakan di rumah bunda berkumpul untuk lebaran

Jika diteliti, perbandingan antara dua jenis ibadah khusus antara hari raya dan puasa memperlihatkan keunikan tersendiri.  Ibadah puasa tidak perlu didedahkan kepada orang lain kecuali dalam keadaan terpaksa agar orang lain menghormati seseorang yang berpuasa.  Hari raya merupakan ibadah yang perlu diisytiharkan kepada umum, bermula dengan melafazkan takbir sebelum solat  sunat eid.  Hari raya yang merupakan hari bergembira tidak boleh dirayakan bersendirian dan bersunyi-sunyi atas alasan tidak mahu diketahui oleh orang lain.

Pada hari raya digalakkan sesama umat Islam bertemu orang lain dan mengucapkan ‘selamat hari raya’.  Untuk saling memaafkan juga, seseorang mesti bertemu atau berkomunikasi dengan orang yang akan diminta maafnya. 

Sehebat-hebat orang yang bermaaf-maafan pada hari raya ialah mereka yang mempunyai hak dan kesempatan untuk membalas apa-apa kerugian yang pernah diterimanya, tetapi dia memilih untuk memaafkan orang yang telah merugikannya!

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA.  Semoga Allah merahmati semua pembaca blog ini.

1 ulasan: