foto hiasan
BUDAYA sastera masyarakat Melayu mesti tahu cerita Hang Tuah dan empat sahabatnya pada zaman keagungan Melaka dahulu. Sekalipun ada yang mendebatkan kesahihan cerita Hang Tuah, tetapi itu tidak menghalang kisah Hang Tuah daripada diajarkan di sekolah-sekolah. Berdasarkan Hikayat Hang Tuah, antara siri pengembaraan Hang Tuan ialah pahlawan Melaka itu mengiringi Sultan Melaka ke Tanah Jawa. Di sana tiba-tiba ada pendekar Jawa bernama Taming Sari yang mengamuk, namun berjaya dibunuh oleh Hang Tuah. Betara Majapahit kemudian menghadiahkan keris yang asalnya dimiliki Taming Sari dihadiahkan pula kepada Hang Tuah. Sejak itu nama keris yang dipegang oleh Hang Tuah ialah keris Taming Sari.
Baru-baru ini keris Taming Sari dipamerkan di Perak sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak. Menurut jurucakap pameran, keris Taming Sari merupakan salah satu alat kebesaran Kesultanan Perak yang dipercayai memang asalnya adalah keris Laksamana Hang Tuah itu.
Umat Islam boleh saja menyimpan apa juga barang atas nama kenang-kenangan atau warisan nenek moyang. Yang menjadi masalah kepada akidah muslim ialah apabila diercayai keris Taming Sari itu boleh membuatkan orang kebal dan keris itu dapat memberi petunjuk mengenai kejadian di Perak pada masa depan!
Kepercayaan itu memang tidak menjejaskan pembangunan fizikal negeri atau menyebabkan kemerosotan eksport barangan ke luar negara, tetapi sudah cukup untuk menjadikan ‘syirik’ atau merosakkan akidah sehingga menjerumuskan seseorang muslim ke lembah kesesatan. Kesesatan itu sama seperti kesesatan akidah yang berlaku pada zaman Arab Jahiliyah dahulu. Orang Arab Jahiliyah percayakan Allah sebagai Tuhan, tetapi mereka juga percaya benda-benda lain mempunyai kuasa atau dapat meramalkan sesuatu perkara yang akan datang. Jika Nabi Muhammad boleh bertolak ansur mengenai kepercayaan karut itu, pasti baginda tidak dilawan sedemkian rupa. Apabila akidah Islam menetapkan hanya wajib percaya dan mengabdi kepada Allah, itulah antara sebab baginda dilawan oleh masyarakatnya.
Maksud firman Allah dalam al-Quran surah Al-Ma’idah ayat 3: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan (haiwan) yang disembelih bukan kerna Allah, yang tercekik, dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas kecuali kamu sempat menyembelihnya, dan (diharamkan) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan) mengundi nasib dengan anak panah. Itu adalah kefasikan….(hingga akhir ayat).”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan