Halaman

Sabtu, Ogos 28, 2010

MALAYSIA merdeka baru 53 tahun

SALAM kemerdekaan Malaysia 2010, edisi ke-53. Laungan merdeka sejak 31 Ogos 1957 terhadap tanah jantung Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya.  Dalam Persekutuan Tanah Melayu ada 11 buah negeri, Sembilan daripadanya mempunyai rajanya sendiri.  Kerana mengekalkan tradisi beraja, maka salah seorang raja bergelar Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Negara. Pada 16 September 1963 negara ini menjadi Malaysia dengan bertambah wilayah iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun pada 15 Ogos 1965, wilayah Malaysia mengecut sedikit apabila wilayah Singapura dikeluarkan daripada Malaysia.


Menghayati kemerdekaan bererti menghayati perjalanan sejarah.  Kita tidak merasa erti apa-apa di sini pada hari ini jika tidak mengetahui sejarahnya kita di sini!  Namun ada orang sangat terluka dengan mengingat sejarah sebab sejarah yang dilalui menjadi beban sepanjang zaman.  Ada orang yang gembira dengan sejarahnya sebab, perjalanan sejarahnya sangat menguntungkan sepanjang zaman!

Kemerdekaan bererti melepaskan diri daripada penjajahan.  Penjajahan oleh kuasa luar bererti keburukan dan kerugian, oleh itu kemerdekaan adalah kebaikan dan keuntungan.  Kebaikan dan keuntungan bererti semua warga  boleh memilih apa yang kita mahu dan merasakan sendiri nikmat hidup.  Oleh itu jika sudah merdeka dan ada rakyat masih tidak merasa nikmat kehidupan, berapa puluh tahun pun dilaungkan ‘merdeka’ semua itu tidak membawa apa-apa erti.  Maka jangan kaget apabila mendengar keluhan daripada orang biasa, rakyat marhaen dan sesiapa saja yang mengatakan merdeka atau tidak kehidupan kami tidak banyak bedanya!

Apakah merdeka mesti ditandai dengan kemajuan fizikal?  Tidak juga, sebab ada wilayah yang masih dalam penjajahan seperti French Guyana di Amerika Selatan tetap berubah lanskap fizikalnya, tidaklah penduduknya masih bercawat seperti zaman purba.  Kepulauan Fakland yang berhampiran dengan Argentina masih dijajah British dan Pulau new Caledonia masih dalam jajahan Perancis.  Maka fahamilah bahawa bukan semua penjajahan membawa keburukan, malah kebaikan juga.  Di negara kita banyak aspek pentadbiran, undang-undang, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran merupakan warisan zaman penjajahan British dan rakyat tidak mahu melepaskannya sekalipun itu atas nama  warisan penjajah.

Merdeka dengan pelbagai kaum, budaya dan pemikiran rakyat bukanlah mudah pula.  Sekalipun dahulu diakui teras negara Malaysia adalah Melayu: Raja Melayu, Bahasa Melayu, Kebudayaan Melayu, Hak Istimewa Melayu dan  Agama Islam, namun kerana berubahnya pemikiran masyarakat teras negara yang asalnya Melayu sudah cuba dikikis sedikit demi sedikit.  Dengan perkembangan dunia dan pemikiran ini,  untuk mengekalkan identiti negara cukup mencabar pada masa akan datang.

Eloklah belajar daripada negara-negara di Eropah yang dahulunya menjajah kita. Eropah pernah menempuh dua kali perang dunia yang mengorbankan puluhan juta manusia, namun hari ini sejarah perang itu benar-benar mengajar semua negara di sana untuk bertoleransi dan tidak mahu lagi bermusuhan.  Mereka tahu perang membawa kerugian dan kemusnahan. Oleh itu rakyat Malaysia wajib belajar bahawa permusuhan dan perselisihan akan membawa kerugian dan kemusnahan juga kepada negara.

Salam merdeka anak Malaysia!

2 ulasan:

  1. haha, kelakar, tapi ahbash wahabi syiah masih lagi nk bergaduh. buat apa pandang barat? pandanglah islam tu sendiri, knape? x cukup hebat ke islam sampai nk tengok kafir? taknak pandang ada satu negara islam tu yang sangat terang lagi bersuluh maju, kerana menghukum kafir. kalau barat yang sememang-memangnya kafir boleh pulak nak ikut, jgn jadi mcm ustaz wahabi yang pandai nasihat orang tapi anak sendiri tak reti nak tutup aurat. bila bela iran dituduh syiah, kalau bela amerika macam anak2 muda sekarang? kafir ke diorang semua? Tuhan bg akal nk jadi taqlid buta.

    BalasPadam