Halaman

Isnin, Julai 26, 2010

JANGAN marah haa, kenduri arwah hanya adat Melayu

DALAM bulan Syaaban ini antara yang rancak dilakukan atas nama ibadah yang dikatakan sunat ialah mengadakan kenduri arwah.  Semakin ke hujung bulan ini, semakin terdesaklah orang yang sudah berniat awal. Semua ini kerana mereka memahami hendak berkenduri sebelum bulan Ramadan.  Tentu ada tok gurunya yang mengajarnya begitu, sebab masyarakat Melayu sangat bergantung kepada keputusan tok guru agamanya. Kalau tak guru kata afdal buat pada bulan Syaaban, berasak-asak buat.  Jika tok guru berdalil kata kenduri ini 1000 kali lebih pada bulan Ramadan, penuhlah jadual bulan puasa itu.  Mujur tok guru tidak tentukan menu hidangannya sekali, kalau ditentukan pasti dibuatnya pula oleh masyarakat kita. Ini bukan dongeng, sebab di kampung saya dahulu mereka tak berani membuat sayur berkuah sebab bimbang kubur si arwah akan dipenuhi air! Mak datuk sadisnya.


foto: contoh borang nama arwah untuk diberi pahala oleh pambaca Quran, kena bayar tau!

Kenduri arwah ini sebenarnya adat resam Melayu saja, bukanlah tuntutan dalam agama. Yang kita lakukan kenduri arwah dengan bertahlil selama tiga malam, tujuh malam, hari ke-100, hari ke-1000 atau sebelum bulan puasa tidak ditemui dalam Sunnah nabi kita. Berkumpul-kumpul di rumah si mati dengan makan-makan pun adat tradisi sebelum masyarakat Melayu memeluk Islam dulu-dulu.  Dahulu lagi hebat, sebelum jenazah dibawa ke kubur mesti kena sembelih binatang untuk jamuan makanan malamnya.  Kawan saya yang pernah bertugas di Sabah ada pengalaman dipaksa menjadi tukang sembelih kerbau sewaktu layad orang mati sebab dia seorang saja berkopiah putih. Jadi meriah pula dengan kematian. Aduhai.., kematian sudah menjadi seperti kenduri berseronok makan-makan.  Percayalah, ini hanya adat, bukan suruhan agama Islam.

Yang nampak seperti urusan ibadah sebab sebelum makan-makan, mereka ada membaca beberapa ayat al-Quran, zikir dan tasbih yang diakhiri dengan doa.  Ada kumpulan yang membacakan surah Yassin sekali.  Ha, nampaklah seperti urusan ibadah khusus untuk mengingati si arwah sama ada yang baru mati atau sudah lama.

Kali ini saya tak mahu berhujah dengan al-quran, hadis atau pendapat Imam besar, nak guna akal atau kepala otak saja.  Kalau nak dalil, search tulisan yang lepas ada, atau dalam mana-mana web cukup banyak. Pilih, nak terima atau tolak, itu saja. Jangan marah haaa.

Dalam, kenduri ini mesti ada baca-baca yang pahalanya dipindahkan kepada si arwah. Ini komentar saya. Logik ke kalau kita tidak bekerja tapi diberi upah?  Masuk akal ke orang lain yang bekerja tapi gaji dan bonusnya diberi kepada kita yang tidak bekerja atau berehat saja?  Tidak logikkan!  Mustahil Islam yang dikatakan agama penuh keadilan menerima pemindahan pahala daripada seseorang kepada orang lain.  Jadi begitulah, walaupun urusan pahala dan dosa adalah hal ghaib yang hanya Allah saja yang tahu, tetapi konsepnya akal kita boleh tahu.  Konsepnya, amal salih adalah tanggung jawab sendiri, maka ganjarannya adalah hak sendiri. 

Kalau nak diguna pakai boleh diagih-agihkan pahala dan dosa daripada seseorang atau keluarga kepada anggota keluarga masing-masing seperti harta pusaka, untunglah orang kaya sebab dia boleh upahkan orang membaca al-Quran ratusan kali asal dia membayar upahnya. Sekali khatam upahnya RM1000.00, kalau dia jutawan boleh upah berapa banyak ustaz untuk baca al-Quran dan pahalanya akan dipindah dalam akaun pahala si jutawan. Setuju?  Budak-budak sekolah tahfiz pun dah boleh buat bisnes, buka syarikat seperti Pindah Pahala Enterprise yang menawar khidmat membaca al-Quran kepada mereka yang malas atau buta kayu al-Quran.  Zaman ini banyak orang sibuk, malas nak buka al-Quran atau memang tak tahu langsung membaca al-Quran sedangkan mereka mahu pahala bacaan kitab itu.  Apa macam?

 Minta maaflah, yang menerima konsep dosa dan pahala boleh diwariskan kepada manusia lain ini adalah ajaran Nasrani.  Sekali lagi jangan marah haaaa.

41 ulasan:

  1. ada jgk yg bt knduri arwah utk mndoakn si mati tnp niat mewariskn pahala atupn apa shj kpd si mati..cntohnya anak mnjemput org kg kenduri tahlil utk mndoakn bapanya yg tlh meninggal dunia,ataupn skdr ahli klrga yg bertahlil..Islam mngajr utk kta mndoakn org tua (ibu bapa), minta pndpt ttg prkra ini wlupn doa tnp bt knduri pun boleh brdoa..

    BalasPadam
  2. yang mudah ikut cara nabi. Nabi ajarkan anak2 mendoakan ibu bapanya. sebut saja, "Ya Allah, ampuni dosa ibu bapaku, rahmati mereka dan terimalah amal kebajikannya." atau tambah lagi, "ya Allah,kasihanilah kedua-duaa ibu bapaku sebagaimana mereka dahulu amat mengasihani daku." Apakah ucap doa itu sukar sehingga perlukan majlis?
    Majlis itu akhirnya cenderung memberi tafsiran lain. semua sudah percaya kenduri itu adalah majlis bertahlil kirim pahala kepada arwah.

    BalasPadam
  3. setuju... kenduri tu kita buat skiranya ada kelebihan dan jugak tanda kesyukuran dengan nikmat Allah.. kalau nak berdoa utk ibubapa tu.. tak yah le tunggu kenduri.. wat je le lepas stiap solat.. lebih baik dan latihle anak2 dari kecil agar dah besar nanti idak le dia terfikir nak doakan ibubapa buat masa kenduri tahlil je...

    BalasPadam
  4. Nabi pernah ambil pelepah korma segar letak atas kubur. Nabi saw kata mahfumnya mudah2an si mati mendapat keringanan selagi pelepah itu belum kering. Sebab ia berzikir kepada Allah. Sunat juga meletakkan batu2 sungai, kerana batu berzikir. Nak tanya tuan mana lebih utama pelepah korma segar yang berzikir atau orang yang berzikir ? disamping anak memanjangkan manfaat harta warisan dari simati utk menjamu makan orang ramai, yang didalamnya mengingat Allah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru sekarang aku dengar hal ni. ini hadith sohih atau palsu? macam palsu je...:p

      Padam
    2. Nabi Muhammad s.a.w dapat dengar azab kubur 2 mayat tersebut.Tidak ada riwayat Nabi dan sahabat pacak atas kubur yang lain.Perkuburan Baqi di Madinah adalah contoh terbaik apa yang patut ada atas kubur.
      Adakah anda dengar azab kubur?

      Padam
  5. Kadang2 logik akal saja tak boleh dalam agama. Contoh: menyapu khuf - rujuk hadith dan kata2 saidina Ali. Begitu juga dalam kebanyakan ibadah haji. Logik akal saja tak mampu menjustifikasikan semuanya. Kecuali otak tuan lebih hebat dari tok2 guru yang tak komen pun tentang kenduri arwah tu sejak dari Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari ulama tersohor nusantara yang terkenal dengan Sabilal Muhtadinnya.

    BalasPadam
  6. Apa kata si anak kerana akur dengan pandangan tuan, dia dah tak nak buat kenduri tahlil arwah. Digantikan dengan pesta seks bebas dalam rumah peninggalan simati, ongkos dari peninggalan simati (ayah @ ibu) ..... Agak2 ok ke orang tua dia dalam kubur ? Jawab ya atau tidak sahaja.

    BalasPadam
  7. Sila rjuk sikap Imam Syafie bila mana berkunjung kenegeri yang masyarakat berpegang pada mazhab lain. Oleh kerana hormat pada Imam Syafie jamaah setempat meminta Imam Syafie menjadi Imam solat subuh. Pg itu Imam Syafie sengaja meninggalkan membaca qunut kerana menghormati pegangan masyarakat setempat. seusai solat orang ramai bertanya; "wahai Imam kenapa tadi tak baca doa qunut, dan tidak pula sujud sahwi, padahal Tuan mengatakan qunut perlu di baca. jika tinggal kena sujud sahwi?" Imam Syafie menjawab ; Aku menghormati pegangan kalian. Begitu sikap orang berilmu. Cuba pula cari kesah Pak Hamka bila beliau dijemput untuk berkhutbah di Jakarta dan Banjar masin. Pak Hamka dan Imam syafie begitu terbuka kerana mereka berilmu.... Lebihkah ilmu kita berbanding Imam Syafie atau Pak hamka?

    BalasPadam
  8. Saya tunggu lama dah....tak jawab-jawab.
    Ada berani jawab ke ?

    BalasPadam
  9. Mubin tak nak jawab dengan kebodohan orang yang bertanya....,,,Amir Hamzah Hamid banjar...sex bebas tu maksiat..haram trus..tak main la..hamid apa kaitan qunut subuh dengan bidaah tahlil arwah..nampak sangat tu yang mubin tak nak jawab tu...maaf

    BalasPadam
  10. masaalah qunut adalah masalah khilaf berdalil..kita hormati..

    BalasPadam
  11. Saya rasa si Suparjo ni dah tak berani guna nama dia. Dia guna "Tanpa Nama". Hei jo ko senang2 cakap semua perkara baharu sesat. Ko guna komputer tu sesat ke? Rasulullah ade guna blog untuk dakwah? Sesat juga engkau kan ? Kena baca hadith tentang bid'ah tu dari awal.

    BalasPadam
  12. Aku rasa dia ni lebih hebat dari Imam Syafie ni......
    Imam Syafie pun mengakui akan adanya bid'ah hasanah. Saidina Umar buat bid'ah tentang tarawih, Saidina Usman buat bid'ah tentang Qur'an. Umar Abdul Aziz lagi melanggar sabdaan nabi saw (yang melarang menulis hadith) .....

    BalasPadam
  13. Dia ni perasan pandai. Memahami isu pun tak reti.
    Isu yang di sebut oleh Hamid Banjar ialah sifat berlapang dada, khilaf tentang qunut sebagai contoh. Kalau nak tahu contoh sifat berlapang dada lagi ialah sikap Pak Hamka tentang azan sebelum Khutbah hari Jumaat, sewaktu berada di Banjar Masin dan Jakarta. Pak Hamka suruh azan lagi.... padahal pegangan Pak Hamka azan hanya sekali. Dalam masalah khilaf yang perlu adalah berlapang dada bukan menyerang....hingga perpaduan ikatan ukhuwwah umat renggang. Kamu bercakap tentang 'keutamaan'....mana utama ukhuwwah atau masalah khilaf? Lagi satu ada tak dalil qataie yang mengharamkan tahlil arwah? Kami tunggu jawapan kamu ...NURUL MUBIN SIRAJ , BUKAN TANPA NAMA...

    BalasPadam
  14. Amir Hamzah berkata...
    Apa kata si anak kerana akur dengan pandangan tuan, dia dah tak nak buat kenduri tahlil arwah. Digantikan dengan pesta seks bebas dalam rumah peninggalan simati, ongkos dari peninggalan simati (ayah @ ibu) ..... Agak2 ok ke orang tua dia dalam kubur ? Jawab ya atau tidak sahaja.

    13 September 2011 12:28 PM

    Soalan Amir ni pun mamat sekor ni tak faham. Soalannya ialah bila sianak buat benda haram siayah ibu dapat tempias ke tak? (Kalau tak berikan dalil) Kalau ya...masakan si ayah ibu tak dapat tempias atas kerja kebajikan si anak.

    BalasPadam
  15. Aku rasa lahkan.... hampir semua orang Islam dunia ni akan masuk Neraka. Sebab dia orang mengamalkan bid'ah. Setiap bid'ah sesat....masuk Neraka. Amalan mereka ialah baca Qur'an berbaris... Dulu zaman Nabi saw mana ada baris2 nih....

    BalasPadam
  16. Aduh.....tolong aku.!!!
    Aku tak nak pergi sembahyang Jumaat selagi aku duduk kat Malaysia. Nanti sebab aku pergi sembahyang Jumaat kat Malaysia, aku masuk Neraka. Pasalnya...Khatib baca khutbah dalam Bahasa Malaysia.... Ada tak ada riwayat Nabi saw baca khutbah dalam Bahasa Malaysia.? Tolong carikan hadith.....

    BalasPadam
  17. Kesian...Saidina Umar Abdul Aziz. Kalau ikut mamat ni hal yang diada-adakan sesat. Benda sesat masuk Neraka. Saidina Umar Abdul Aziz bukan setakat buat benda baru dalam hal agama, tapi tidak mematuhi larangan Rasulullah saw untuk tidak menulis hadith. Hoi...Jo ko berani kata Saidina Umar Abdul Aziz sesat...?

    BalasPadam
  18. ANJURAN UNTUK TAHLILAN DAN ZIARAH KUBUR. TAK ADA LARANGAN!
    Sebenarnya permasalahan ini merupakan permasalahan yang cukup usang dan sudah lama diperdebatkan. Akan tetapi dirasa perlu untuk diangkat kembali karena ada pergeseran isu yang cukup substantive, yaitu dari furu’ menuju ushul. Maksudnya, pada awalnya permasalahan ini dianggap sebagai permasalahan furu’iyah, sehingga masing-masing pihak yang berdebat tidak saling mengkafirkan dan mensyirikkan, dan kemudian berubah menjadi permasalahan ushul, sehingga pihak-pihak yang tidak setuju terhadap ziarah kubur dan tahlilan mengkafirkan dan mensyirikkan para pelakunya.
    Semua pasti sepakat bahwa syirik dan kafir adalah hal yang mesti harus dijauhi dan dihindari. Semua muslim dari manapun kelompok dan organisasinya pasti marah apabila keislaman dan keimanannya dianggap tercemar dan berlumuran dengan Lumpur kesyirikan dan kekafiran. Demikian juga halnya dengan kita warga nahdliyin, akan marah dan jengkel ketika keislaman dan keimanan kita dianggap berlumuran dengan Lumpur kesyirikan dan kekafiran
    Semua permasalahan apabila dinisbahkan kepada Islam pasti sangat mudah untuk menyelesaikannya. Karena, semua keputusan hukum di dalam Islam harus selalu ada cantolan dalilnya. Seseorang tidak dapat memubahkan, mewajibkan, mengharamkan, mensunnahkan dan memakruhkan sesuatu apabila tidak ada cantolan dalil dan argumentasinya. Demikian juga halnya dengan para pendukung dan penentang amaliyah tahlilan dan ziarah kubur harus mendasarkan pandangannnya pada dalil-dalil yang absah, tidak boleh hanya didasarkan pada logika, hayalan dan lamunan saja.

    Tulisan pendek ini mencoba untuk mengurai dasar-dasar argumentatif amaliyah nahdliyah yang biasa kita lakukan khususnya berkaitan dengan tahlil dan ziarah kubur.

    Tradisi Tahlilan dan Analisis Argumentasi
    Kata “tahlilan” merupakan bentuk masdar dari fi’il madli “hallala” yang berarti mengucapkan لااله الاالله . Dari sisi istilah, kata tahlilan bisa jadi didefinisikan dan digambarkan dengan sebuah bentuk ritual keagamaan yang berbentuk majlis dzikir dengan menggunakan bacaan-bacaan dzikir tertentu dan menghadiahkan pahalanya untuk si mayit. Biasanya majlis dzikir ini diadakan pada waktu malam jum’at atau malam setelah kematian seseorang, atau juga bisa dilaksanakan pada saat haul atau yang lain. Yang jelas, bila ritual ini harus dilaksanakan dan modelnya bagaimana tidak ada aturan dan ketentuan yang pasti. Bisa jadi antara daerah yang satu dengan daerah yang lain memiliki teknik dan kaifiyah yang berbeda.
    Biasanya sebab dan alasan kenapa tahlilan harus di tolak oleh para penentangnya bermuara pada argumentasi sebagai berikut :
    •Tahlilan tidak pernah diperintahkan oleh Rasulullah SAW, oleh itu demikian dianggap bid’ah.
    •Tahlilan merupakan budaya masyarakat Hindu, karena demikian dianggap tasyabbuh bi al-kuffar
    •Tahlilan dianggap merepotkan dan memberatkan keluarga mayat, karena di dalam tahlilan pasti selalu ada jamuan
    •Berkumpul untuk melakukan tahlilan pada saat setelah kematian dianggap “niyahah” (meratap)
    •Di dalam tahlilan pasti ada unsur tawasul.
    Bersambung....

    BalasPadam
  19. Argumentasi-argumentasi para penentang di atas adalah argumentasi klasik yang sudah ditanggapi berkali-kali. Akan tetapi, karena sejak awal bersikap tazkiyat al-nafsi (menganggap dirinya yang paling benar), maka penjelasan yang diberikan tidak berdampak dan berpengaruh sama sekali. Namun demikian, dalam kesempatan ini akan kita jelaskan sekali lagi mengenai kesalah-pahaman mereka yang dituduhkan kepada kita.
    •Tahlilan tidak pernah diperintahkan oleh Rasulullah SAW, karena demikian dianggap bid’ah.
    Memang harus diakui bahwa kata “tahlilan” sebagai sebuah bentuk tradisi seperti yang kita pahami sekarang tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW, akan tetapi perlu diingat bahwa substansi tahlilan adalah dzikir berjamaah dan berdoa untuk si mayit. Dzikir berjamaah dan berdoa untuk si mayit yang muslim supaya mendapatkan pengampunan dari Allah -tidak diragukan lagi- terlalu banyak penjelasannya di dalam al-Qur’an dan al-Hadits, diantaranya adalah :
    oDari al-Qur’an Surat al-Hasyr : 10
    “Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan Saudara-saudara kami yang Telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
    Surat Muhammad : 19
    “Maka Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, Tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal”.
    Bersambung....

    BalasPadam
  20. oDari al-Hadits
    Dari Abu Hurairah ra. dari Abu Sa’id ra., keduanya berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Tidak ada suatu kaum yang duduk dalam suatu majlis untuk dzikir kepada Allah melainkan mereka dikelilingi oleh malaikat, diliputi rahmat, di turunkan ketenangan, dan mereka disebut-sebut Allah di hadapan malaikat yang ada disisi-Nya”.
    ” Dari hadits Mu’awiyah yang dihukumi marfu’, dia berkata “Nabi bersabda untuk para jama’ah yang duduk berdzikir kepada Allah: ” malaikat Jibril datang kepadaku dan menginformasikan bahwa Allah membanggakan kamu kepada malaikat”
    oDari Logika
    Dari uraian dan argumentasi di atas dapat dipastikan bahwa substansi tahlilan memiliki sandaran dalil, baik naqliy (al-qur’an dan al-hadits), maupun aqliy.
    Bersambung....

    BalasPadam
  21. •Tahlilan merupakan budaya masyarakat Hindu, karena demikian dianggap tasyabbuh bi al-kuffar.
    Untuk menyimpulkan apakah di dalam tradisi tahlilan terdapat unsur tasyabbuh bi al-kuffar atau tidak, terlebih dahulu kita harus melakukan penelitian secara seksama. Mungkin saja memang ada tradisi kumpul-kumpul di dalam agama lain pada 1,2,3…..,7…,40 hari dan seterusnya setelah hari kematian seseorang. Tampaknya pada titik inilah tradisi tahlilan dianggap tasyabbuh bi al-kuffar. Namun demikian perlu diperhatikan beberapa hal, diantaranya:
    o Harus dipahami bahwa permasalahan ini termasuk dalam wilayah I’tiqadi. Karena demikian, harus ditegaskan bahwa tidak ada keyakinan sama sekali di dalam hati warga nahdliyin bahwa tahlilan pada hari pertama kematian, hari kedua, ketiga dan seterusnya merupakan sebuah kewajiban, juga tidak ada keyakinan bahwa berdo’a kepada si mayit pada hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya lebih afdlal dibandingkan dengan hari-hari yang lain. Tahlilan yang substansinya adalah berdoa untuk si mayit agar mendapatkan pengampunan dari Allah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, atau bahkan boleh tidak dilakukan, meskipun biasanya kegiatan tahlilan ini dilaksanakan pada hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
    Tasyabbuh boleh ditujukan kepada warga nahdliyin ketika meyikini bahwa tahlilan wajib dilaksanakan pada hari-hari dimaksud dan juga meyakini bahwa hari-hari dimaksud lebih afdlal dibandingkan hari lainnya. Jadi, penentuan hari dan seterusnya tidak lebih dari sebuah tradisi yang boleh dilakukan dan juga boleh ditinggalkan, berbeda dengan apa yang diyakini oleh umat Hindu. Tradisi ini sama persis dengan dengan tradisi memperingati hari-hari besar dalam Islam (Nuzulul qur’an, halal bi halal, maulid nabi, isra’-mi’raj dan lain sebagainya) yang boleh dilakukan kapan saja, tidak terbatas pada tanggal-tanggal tertentu. Peringatan hari besar yang biasanya diisi taushiah dan dzikir hanyalah merupakan tradisi yang boleh dikerjakan dan juga boleh ditinggalkan.
    o Bahwa sikap warga nahdliyin sebagaimana di atas dapat dilihat dari kitab yang biasa dijadikan sebagai rujukan oleh mereka, diantaranya di dalam kitab al-fatawa al-fiqhiyah al-kubro yang berbunyi :
    Tradisi yang berlaku dan berkembang di kalangan nahdliyin adalah : apabila ada seorang muslim meninggal dunia, maka tetangga dan kerabat yang ada disekitarnya berbondong-bondong melakukan ta’ziyah, dan dapat dipastikan bahwa pada saat ta’ziyah kebanyakan dari mereka membawa beras, gula, uang dan lain sebagainya. Tetangga yang ada di kanan-kiri bahu-membahu membantu keluarga korban untuk memasak dan menyajikan jamuan, baik untuk keluarga korban atau untuk para penta’ziyah yang hadir. Apabila hal ini yang terjadi, apakah ini tidak dapat dianggap sebagai terjemahan kontekstual dari hadits nabi yang berbunyi :
    قال النبي صلى الله عليه و سلم : اصنعوا لآل جعفر طعاما فقد أتاهم أمر يشغلهم
    Hadits di atas apabila diamalkan secara tekstual justru akan menjadi mubadzir, karena kalau seandainya semua tetangga yang ta’ziyah membawa makanan yang siap saji, maka dapat dipastikan akan banyak makanan yang basi. Catatan yang lain lagi adalah bahwa jamuan yang disajikan di dalam acara tahlilan bukanlah merupakan tujuan. Tujuan utama para tetangga yang hadir adalah berdo’a untuk si mayit. Karena demikian, jamuan boleh diadakan dan juga boleh ditiadakan. Bahkan, banyak dari kalangan ulama yang menjadi tokoh utama warga nahdliyin memberikan pemahaman dan anjuran agar jamuan yang ada lebih disederhanakan, dan bahkan kalau mungkin hanya sekedar hidangan minum teh saja.

    BalasPadam
  22. •Berkumpul untuk melakukan tahlilan pada saat setelah kematian dianggap “niyahah” (meratap).
    Realitas berkumpul pada saat tahlilan sulit untuk dapat dipahami “hanya sekedar berkumpul” dalam rangka tenggelam dan larut dalam kesedihan, dimana hal ini dianggap sebagai illat al-hukmi kenapa berkumpul tersebut dianggap sebagai niyahah. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab I’anat al-Thalibin, yang berbunyi
    كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة ووجه عده من النياحة ما فيه من شدة الاهتمام بأمر الحزن.
    Berkumpul pada malam setelah kematian bukanlah menjadi tujuan. Yang menjadi tujuan adalah berdzikir dan berdoa untuk si mayit yang sedang mengalami ujian berat sebagaimana yang ditegaskan didalam kitab Nihayat al-zain, hal : 281 yang berbunyi :
    وروي عن النبي صلى الله عليه وسلم انه قال ما الميت في قبره الا كالغريق المغوث – بفتح الواو المشددة – اى الطالب لان يغاث ينتظردعوة تلحقه من ابنه او اخيه او صديق له فاذا لحقته كانت احب اليه من الدنيا وما فيها
    Ketika seorang muslim mendapat musibah (ditinggal mati keluarga, kena gempa, dll), adalah suatu kesunahan bagi saudara-saudaranya untuk datang takziah kepadanya, serta menghibur agar bersabar dari cobaan.Tidak ada yang lebih baik dari menghibur serta meringankan bebannya selain daripada mengajaknya berdzikir, mengingat Allah, dan berdoa bersama-sama, mendoakan si mayit dan keluarga yg ditinggalkannya.
    Dari uraian di atas sulit dapat diterima apabila lafadz ” الاجتماع” yang terdapat didalam hadits nabi diarahkan pada tradisi tahlilan yang isinya adalah berdzikir dan berdoa, bukan semata-mata berkumpul hanya sekedar tenggelam dan berlarut-larut dalam kesedihan.
    Bersambung....

    BalasPadam
  23. Di dalam tahlilan pasti ada unsur tawasul.
    Sebagai gambaran awal untuk memetakan tentang konsep tawasul, dapat dijelaskan sebagai berikut :
    Secara sederhana dapat dijelaskan bahwa tawasul adalah menjadikan mutawasal bih sebagai wasilah (perantara) dalam rangka berdoa kepada Allah. Berdoa dapat langsung kepada Allah (tanpa tawasul) dan juga dapat menggunakan perantara mutawassal bih. Menggunakan mutawassal bih sebagai perantara bukanlah merupakan sebuah keharusan dalam berdoa.
    Mutawassal bih secara umum dapat dibagi menjadi dua, yaitu :
    o Mutawassal bih yang berupa al-a’mal al-shalihah.
    o Mutawassal bih yang berupa al-dzawat al-fadlilah. Mutawassal bih yang berupa al-dzawat al-fadlilah dibagi menjadi dua, yaitu :
    o Dengan nabi Muhammad SAW. Kategori ini diklasifikasikan menjadi tiga, yaitu :
    - Sebelum lahirnya nabi (قبل وجوده )
    - Pada saat nabi hidup ( فى حياته )
    - Setelah nabi wafat (بعد وفاته)
    o Dengan awliya dan shalihin. Kategori ini diklasifikasikan menjadi dua, yaitu :
    - Pada saat mereka masih hidup (في حياتهم)
    - Setelah mereka wafat (بعد وفاتهم).
    Tidak terjadi perbedaan pendapat mengenai diperbolehkannya menggunakan al-a’mal al-shalihah sebagai mutawassal bih. Hal ini didasarkan pada hadits nabi yang bercerita tentang tiga orang pemuda yang terjebak di sebuah goa. (Hadits tersebut sengaja saya tidak muatkan kerana ia diketahui umum serta terlalu panjang).

    Sedangkan tawassul dengan menggunakan dzawat fadlilah (orang-orang yang keistimewaan di hadapan Allah, dari kalangan para nabi, awliya dan shalihin) terjadi perbedaan pendapat yang cukup ekstrim tentang masalah ini. Ada yang membolehkan dan ada yang melarangnya dan bahkan menganggapnya sebagai sebuah bentuk kesyirikan. Semua pandangan, baik yang pro maupun yang kontra harus dihargai selama menggunakan dalil, analisa dan argumentasi yang ilmiyah. Sebaliknya, pandangan yang subjektif, sectarian dan tidak disertai argumentasi yang ilmiyah harus ditolak dan diluruskan.
    Bersambung....

    BalasPadam
  24. Dalil-dalil yang menguatkan kebolehan tawasul dengan menggunakan dzawat fadlilah adalah :
    • Bi al-nabi :
    o Qabla wujudihi. Hadits nabi yang menguatkan hal ini adalah :
    (قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : لما اقترف آدم الخطيئة قال : يارب ! أسألك بحق محمد لما غفرت لي ، فقال الله: ياآدم ! وكيف عرفت محمداً ولم أخلقه ؟ قال : يارب ! لأنك لما خلقتني بيدك ونفخت فيَّ من روحك رفعت رأسي فرأيت على قوائم العرش مكتوباً لا إله إلا الله محمد رسول الله ، فعلمت أنك لم تضف إلى اسمك إلا أحب الخلق إليك ، فقال الله : صدقت يا آدم ، إنه لأحب الخلق إليَّ ، أدعني بحقه فقد غفرت لك ، ولولا محمد ما خلقتك)) .أخرجه الحاكم في المستدرك وصححه [ج2 ص615] (1) ، ورواه الحافظ السيوطي في الخصائص النبوية وصححه (2) ، ورواه البيهقي في دلائل النبوة وهو لا يروي الموضوعات ، كما صرح بذلك في مقدمة كتابه (3) ، وصححه أيضاً القسطلاني والزرقاني في المواهب اللدنية [ج1 ص62](4) ، والسبكي في شفاء السقام ، قال الحافظ الهيثمي : رواه الطبراني في الأوسط وفيه من لم أعرفهم (مجمع الزوائد ج8 ص253)
    o Fi hayatihi. Hadits nabi yang menguatkan tentang hal ini adalah :
    ائت الميضأة فتوضأ ثم صل ركعتين ثم قال اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد – صلى الله عليه وسلم – نبي الرحمة يامحمد إني أتوجه بك إلى ربك فيجلي لي عن بصري ، اللهم شفعه فيَّ وشفعني في نفسي ، قال عثمان : فوالله ما تفرقنا ولا طال بنا الحديث حتى دخل الرجل وكأنه لم يكن به ضر)) ..قال الحاكم : هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه .وقال الذهبي عن الحديث : أنه صحيح (ج1 ص519) .
    o Ba’da wafatihi. Penjelasan yang menguatkan tentang hal ini adalah :
    وليس هذا خاصاً بحياته – صلى الله عليه وسلم – بل قد استعمل بعض الصحابة هذه الصيغة من التوسل بعد وفاته – صلى الله عليه وسلم – فقد روى الطبراني هذا الحديث وذكر في أوله قصة وهي أن رجلاً كان يختلف إلى عثمان بن عفان رضي الله عنه في حاجة له ، وكان عثمان رضي الله عنه لا يلتفت إليه ولا ينظر في حاجته ، فلقى الرجل عثمان بن حنيف فشكا ذلك إليه ، فقال له عثمان بن حنيف : ائت الميضأة فتوضأ ثم ائت المسجد فصل فيه ركعتين ثم قل :اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبينا محمد – صلى الله عليه وسلم – نبي الرحمة ، يامحمد ! إني أتوجه بك إلى ربك فيقضي حاجتي . وتذكر حاجتك ..
    Bersambung....

    BalasPadam
  25. • Bi al-anbiya wa al-shalihin
    o Fi hayatihim. Hadits nabi yang menguatkan tentang hal ini adalah :
    أخرج البخاري في صحيحه عن أنس أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه – كانوا إذا قحطوا – استسقى بالعباس بن عبد المطلب فقال : [ اللهم إنا كنا نتوسل إليك بنبينا فتسقينا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا فاسقنا ] .
    o Ba’da wafatihim. Hadits nabi yang menguatkan tentang hal ini adalah :
    عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : من خرج من بيته إلى الصلاة ، فقال : اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك وبحق ممشاي هذا فإني لم أخرج أشراً ولا بطراً ولا رياء ولا سمعة ، خرجت اتقاء سخطك وابتغاء مرضاتك ، فأسألك أن تعيذني من النار ، وأن تغفر لي ذنوبي ، إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت ، أقبل الله بوجهه واستغفر له سبعون ألف ملك .
    Uraian di atas menegaskan bahwa tradisi tahlilan yang dilakukan oleh warga nahdliyin memiliki dasar, dalil dan argumentasi yang kuat, sehingga tidak patut untuk disesatkan, disyirikkan atau dibid’ahkan. Menganggap tradisi tahlilan adalah bid’ah, sesat dan syirik berarti yang bersangkutan kurang memahami konsep dan dalil agama.
    Bersambung....

    BalasPadam
  26. Kenduri arwah itu, di dalamnya ada bacaan alquran seperti yasin dan zikir2 yang disusun oleh imam(?). Orang kita memahami semua itu sebagai doa yang bermanfaat kepada si mati. Ada yang lebih khusus iaitu orang hidup membaca quran (tidak kiralah sebanyak mana, mungkin khatam juga) dan pahalanya dihantar kepada si mati.

    Tujuan kenduri arwah yg bertahlilan ini adalah untuk membantu si mati kerna arwah sudah tidak dapat melakukan ibadah atau amal kebajikan lain. Kiriman pahala ini juga sebagai tebusan terhadap dosa-dosa yang si arwah lakukan. Kiriman pahala atau tebusan dosa ini hasil kerja orang hidup atau orang lain terhadap si mati.

    Daripada sekian banyak hujahan, tidak ada seorang pun yang sudi menghurai betapa bolehnya bertahlil itu dengan disandarkan ayat2 quran. setahu saya, sebelum para imam atau mufti termasuk kita beragama, yang paling awal hukum agama adalah wahyu Allah. Nabi s.a.w. sendiri dipilih oleh Allah sebagai utusan-Nya. Allah adalah segala-galanya.

    Beginilah tuan2, saya paparkan maksud dua ayat alquran yang berlawanan maksudnya dengan prinsip dan tujuan tahlil arwah yg biasa kita lakukan. Suka saya dengan penjelasan tuan2 itu membuat saya yakin bahawa pemahaman saya rupa2nya salah. Ayat quran yg saya baca rupa2nya masih bermaksud amal salih itu pahalanya masih boleh dipindah2kan kepada si pulan si pulan. pahala orang hidup rupa2nya masih boleh menebus dosanya orang mati....

    silakan tuan2, moga2 saya dapat ditundukkan dengan hujah. Insya Allah.
    Maksud ayat 46 surah al-Fusilat, “Barang siapa mengerjakan kebajikan maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barang siapa berbuat jahat maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”

    Maksud ayat 123 surah al-Baqarah, “Dan takutlah kamu pada hari (ketika) tidak seorang pun dapat menggantikan (membela) orang lain sedikit pun, tebusan tidak diterima, bantuan tidak berguna baginya, dan mereka tidak akan ditolong.”

    BalasPadam
  27. Antara insan yang mengatakan kenduri arwah sebagai amalan jahiliah ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz MB Kelantan. Dalam blog ini ada paparan videonya. selain itu secara rasmi, kenduri arwah atau Tahlil Arwah bukanlah satu amalan di negeri Perlis, atas pendirian hal itu bukan amalan Rasulullah.

    BalasPadam
  28. Ayat 18 surah al-fatir ini juga dijadikan sandaran oleh Imam Besar kita Imam Syafi'e untuk berijtihad bahawa pahala amalan orang hidup tidak sampai (memberi faedah) kepada orang mati. Ini pun disebut dalam Tafsir Ibn Katsir. Janganlah terkejut besar jika mendapat tahu pendirian Imam Syafie tidak sama dengan pemahaman nenek moyang kita.

    Maksud ayat 18 surah al-Fatir, “Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang dibebani berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul bebannya itu tidak akan dipikulkan sedikitpun, meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada (azab) Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka juga melaksanakan solat. Dan barang siapa mensucikan dirinya, sesungguhnya dia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah tempat kembali.”

    BalasPadam
  29. macamana dengan pahala yang masih boleh diterima oleh arwah sperti:
    1. doa anak2 soleh untul arwah.
    2. sedekah yang pernah dibuat semasa hidup. contohnya dia sedekahkan duit utk kegunaan masjid n anak yatm piatu. selagi digunakan maka pahala ada biar pun sudah meninggal dunia.
    3. ilmu yang pernah diturunkan seperti guru sekolah yang mengajar, selagi anak murid menggunakan ilmu itu maka dia masih memperolehi pahala biarpun sudah meninggal dunia.
    kalau salah mohon maaf..

    BalasPadam
  30. aljawab
    1. Doa anak salih bukan pahala utk si arwah. Doa adalah permohonan kepada Allah.
    2. Sedekah itu adalah kerja si mati semasa masih hidup, bukan amalan orang lain.
    3. ilmu yg diamalkan orang lain itu pun asalnya ilmu si mati semasa hidup. Lagi pula anak murid itu mengamalkan ilmu bukan bertujuan supaya pahala kerjanya disedekahkan kepada arwah si guru.

    BalasPadam
  31. so klu seseorang itu sudah mati, means that dia dah terputus dosa pahala?

    BalasPadam
  32. Kena faham betul2 bahawa dosa dan pahala hasil amal yg dilakukan arwah semasa hidup tidak putus. Misalnya semasa hidup si arwah telah mewakafkan tanah utk dibuat pusat latihan membaiki kenderaan. Selagi wakaf itu dimanfaatkan, selagi itulah pahalanya mengalir kepada si arwah. Begitu juga jika semasa arwah hidup telah menulis sebuah novel porno atau cerita2 zina. Selagi novel itu dibaca (lagi.., jika dijadikan panduan org utk berzina) selagi orang masih menggunakan buku itu utk maksiat, selagi itulah dosanya mengalir kepadanya walau sudah mati.

    Pahala dan dosa dilakukan oleh orang yg hidup, yg tidak ada kena mengena dengan dirinya itulah yg tidak ditanggung atau diwarisi si mati. Misalnya seorang yg memaki hamun jirannya, kemudian dia mengatakan dosa memaki hamun itu dihantar kepada arwah moyangnya!

    BalasPadam
  33. kenduri arwah memang bagus. masalahnya sekarang,kebanyakkan orang buat dgn cara tak betul.kat sabah ni,cam tu lah.tipa kali sebelum ramadhan,diadakan kenduri arwah.dipanggilnya imam atau ustad untuk baca doa,ada upah tau.siap nasi kuning segala,ada kemayan lagi utk panggil roh arwah.kalau ya pun,hadiahkan lah segala doa terutamanya surah yasiin utk si mati bila2 masa saja.tak payah buat kenduri yg mengundang syirik,,tak pasal2 dapat dosa...

    BalasPadam
  34. Ada juga anak Sabak Bernam bermanhaj begini. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  35. Saya akan tulis pendek sahaja. Kalaulah kenduri arwah ni baik untuk anak adam, Rasulullah saw sebagai rahmat sekalian alam terlebih dahulu anjurkannya untuk anak2 adam ikuti.

    BalasPadam
  36. Bacalah bacalah bacalah ...
    Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan tidak pula pernah dilarang secara sorih kerana ianya tiada di zaman Nabi SAW. Persoalannya, adakah ia menjadi haram, makruh dan sebagainya disebabkan semata-mata ianya tidak dilakukan oleh Nabi SAW sewaktu hayat Baginda?

    Di zaman Rasulullah SAW, terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda, tidak semestinya perlu ditinggalkan juga oleh ummat-Nya.

    Antara yang paling masyhur adalah Hadis berkaitan Saidina Bilal Bin Rabah yang kerap kali melakukan solat sunat dua rakaat selepas wudhuk yang pada ketika itu tidak lagi diajar oleh Baginda atau dengan kata lain ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Malahan setelah diketahui oleh Baginda perihal Saidina Bilal RA yang seolah-olah mendahului ajaran Nabi SAW, Baginda tidak pula memarahinya dan tidak pula melarangnya agar jangan melakukan perkara yang Baginda tidak ajarkan pada masa akan datang. (4)

    Kisah lain antaranya, Rasulullah SAW biasanya menyampaikan khutbah di atas batang pohon tamar. Melihat perkara itu, para sahabat mengambil inisiatif menukarnya dengan mimbar yang lebih sempurna dan mendahului Nabi SAW dalam perkara tersebut. Para sahabat tidak melihat penukaran batang tamar kepada mimbar sebagai perkara bidaah yang sesat dan salah atau haram. Walhal perkara itu tidak pernah dilakukan dan tidak diminta oleh Nabi SAW. (5)

    Kisah seterusnya di dalam solat, Nabi SAW tidak mengajarkan membaca ketika bangun dari ruku’ dengan bacaan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathira Toiyiban Mubarokan Fiih. Pada suatu hari, seorang sahabat solat berjamaah di belakang Nabi SAW dan pada ketika Nabi SAW bangun dari ruku’ sambil membaca Samiallahu Liman Hamidah, sahabat tadi lantas melaungkan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathiran Toiyiban Mubarokan Fiih. Selepas solat, Nabi SAW bertanya siapakah gerangan yang melaungkan bacaan tadi. Lantas, Rasulullah bersabda : Aku melihat lebih dari 33 malaikat berebut-rebut untuk menjadi yang pertama menulisnya. (6)

    Menerusi hadis ini, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani menakalkan, bahawa harus membaca zikir yang tidak maathur (tidak datang dari Nabi SAW) di dalam solat selagi tidak bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan. Jika perkara sebegini dibolehkan di dalam ibadah solat, maka di dalam perkara lain seperti kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat lebih-lebih lagi dibolehkan selagimana kandungannya tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah di dalam Islam.

    Dari ketiga-tiga kisah ini, para sahabat telah mendahului Nabi dalam keadaan Nabi SAW tidak pernah melakukan perkara tersebut sebelumnya. Mereka tidak menganggap bahawa melakukan perkara yang tidak dilakukan Nabi atau ditinggalkan Nabi itu haram atau bidaah yang sesat semata-semata. Oleh itu, jika nanti dapat dibuktikan bahawa intipati majlis kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat itu tidak bercanggah dengan konsep-konsep di dalam Islam, maka ia juga bukanlah bidaah yang sesat seperti yang dilakukan oleh para sahabat di dalam kisah-kisah di atas. Wallahu A’alam.

    BalasPadam
  37. saya jawab yang dikatakan Bilal solat sunat, yg Nabi tidak ajar. Tuan sendiri menulis perbuatan Bilal diketahui oleh Nabi dan Baginda Nabi tidak menegahnya. Zaman hidup Nabi adalah zaman syariat agama diturunkan. Nabi menjadi pengesahnya. Bukankah azan yg diguna pakai sehingga hari ini pun melalui pengesahan oleh Nabi?

    OK, jika tuan mendakwa perbuatan Bilal membuat solat yg Nabi sahkan itu sebagai dalil tuan membuaat tahlil arwah, bilakah Nabi s.a.w. mengesahkan perbuatan Tuan? Tidakkah bererti Tuan melanggar ayat Tuhan "Aku telah sempurnakan dan Aku reda Islam menjadi agama kamu'. Nabi wafat bererti syariat Islam telah lengkap. Tuan (dan orang2 yg sepaham Tuan) pula membuat ibadah baru setelah Nabi wafat. Tuan (atau ulama Melayu) mendapat wahyu barukah?

    Jangan marahlah....Kenduri arwah bukan ibadah, tapi adat yg disapu2 ajaran agama. Banyaklah yg tertipu, berbelanja banyak, gunakan masa dan menempuh risiko perjalanan ratusan kilometer utk beramal ibadah tahlil arwah, walhal itu amalan bid'ah. Bid'ah hanya rekaan manusia.

    BalasPadam
  38. Saya taklah pandai dalam bidang agama. Sekolah pun hanya MCE pangkat 3 Setakat apa yang saya tahu, dalam Al Quran takde 1 ayat pun yang menyentuh pasal buat tahlil selepas ada orang mati Pada zaman Nabi masih hidup ada kaum kerabat dan sahabatnya mati tetapi takde 1 hadis pun pasal Nabi buat tahlil arwah

    BalasPadam