Hemat saya ini berdasarkan berita dalam media. Zamihan Mat Zain disaman RM10 juta oleh Dr Asri Zainal Abidin kerana Zamihan dikatakan menuduh Dr Asri memalsukan ijazah! Orang kampung macam saya fikir, itu tidak perlu.
Kemudian Zamihan membalas pula dengan menyaman Dr Asri sebanyak RM100 juta, itupun tidak perlu juga. Berbalas saman ini bukan akan menyelesaikan masalah perbedaan pendapat. Akhirnya umat Islam akan bertambah hilang gengsinya. Cukuplah menggunakan medium biasa berbalas hujah, dan masyarakat akan menilainya sendiri. Masyarakat itulah hakim.
Kalau hendak berpaksi pada istilah ‘hak’, ya… itu haknya yang ada ruang dalam undang-undang. Sebenarnya orang politiklah yang mengajar masyarakat untuk bermain saman-menyaman melalui mahkamah. Sikit-sikit saman dan untuk megah, nilai saman mesti ratusan juta.
Sudah berlaku suami saman isteri dan guru saman ketuanya, Pengetua! Dulu saya belajar undang-undang Syarikat, ada juga individu saman dirinya sendiri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan