Halaman

Isnin, Ogos 03, 2009

SILAKAN Ahmad Hafiz bin Alwi....


SUSAH hendak saya mulakan tulisan ini. Dalam diri saya ada rasa marah dan bosan terhadap orang yang katanya bergelar ustaz. Eloklah berterus terang, namanya Ahmad Hafiz bin Mohd Alwi. Sejak saya kenali tahun 2006, banyak perkara tidak baik berlaku. Kebanyakan perhubungan bukan secara berdepan, melainkan surat, sms atau emel.

Kami memang berbeda pendapat, tetapi kesal dengan cara yang dilakukan kepada saya. Entah berapa kali dia mengajak saya bermuzakarah bab akidah, malah mengajak berdebat. Saya pula lurus bendul, pernah melayannya dengan menulis dengan jujur dan meminta dia membalasnya. Pendek cerita, apa yang saya harapkan kebaikannya tidak ada.

Apa masalahnya? Sejak awal Ahmad Hafiz mempertikaikan akidah saya. Dikatanya saya menyeleweng, tidak belajar agama dengan guru dan jadi pengikut wahabi sesat. Saya tidak kisah asalkan dia boleh membuktikan kesalahan-kesalahan saya. Sejak 2006 hingga sekarang entah berapa kali saya mencabarnya supaja jadi manusia jujur dan bertanggung jawab. Maksud saya, jika menuduh saya macam-macam, mestilah dengan bukti, bukan sekadar tuduh-tuduh kosong! Mustahil begitu perangai seorang yang dipanggil ustaz!

Sekarang ini pun dia masih mencabar-cabar saya untuk berdebat dengannya. Dan entah berapa kali saya minta dia menulis surat sendiri kepada saya, mempelawa saya. Saya nak tahu apa tajuknya, dan apa syarat-syaratnya. Tidak ada surat apa pun, sebaliknya menuduh saya wahabi yang penakut dan sebagainya. Saya bukan takut berjumpa orang yang ‘hebat’ tetapi berdasarkan pengalaman dan bagaimana dia mengenakan saya, wajib saya berhati-hati.

Maka di sini saya membuka gelanggang kepada orang yang bernama Ahmad Hafiz bin Mohd Alwi untuk berkata apa yang dia mahu. Pembaca lain dilarang menghantar apa-apa komen, biarkan antara saya dan Ahmad Hafiz sahaja berbalas soalan dan jawaban. Biar semua pembaca dari mana-mana pun sama ada kalian kenal Ahmad Hafiz atau tidak, semua akan menilai wacana ini.

Silakan Ahmad Hafiz, semua pembaca dari Nusantara, negara Arab dan Eropah mahu melihat kehebatan orang Pahang. “Kamu yang beria-ia hendak membawa kebenaran dan mengatakan saya salah, tunggu apa lagi?”

7 ulasan:

  1. Saya pindahkan sambutan 'ustaz' ahmad hafiz b mohd alwi al-bakani yang dia catat dalam ruang cbox blog ini ke ruangan komentar ini. Sekalipun nama pencatat ialah murid dan murid bakani, namun itu ialah 'ustaz' ahmad hafiz orang pekan pahang yg thn 2006 pernah bertugas di Baitul Iman Dungun. Harap lepas ini tulislah terus di ruang komentar ini supaya catatan dapat terus kekal dibaca pembaca lain. Berikut adalah komen-komen responnya.

    murid: alhamdulillah akhirnya sisuparjo bersetuju un tuk muzakarah akidah dgn us hafiz...nnti kami akan hantar surat jemputan kepada dato' suparjo yg penuh dgn adab dan sopan. nak ke tak muzakarah akidah ni?klu nk kami akan hantar surat ni......

    murid: alhamdulillah akhirnya sisuparjo menyambut seruan muzakarah dr us hafiz...mari sama2 kita nntikan muzakarah akidah 'Allah ada tanpa tempat',dan kita tengok siapa yg kena…..

    murid albakani: carilah hujjah sesat kamu bnyk2 yg mngtakan Allah duduk atas arasy tu.tp ingat tk prnah ada sjrah islam wahabi mnang dlm debat 'Allah ada tanpa tempat'.Imam Ahmad Hanbal brjya mngalahkn hujah dahriyyu dlm tajuk 'Allah ada tnpa tmpat.Bagaimana wahabi mati lpas brdebat dgn aswj sbb tk ada hujjah.Dr Asri vs dr Aziz hanafi.Ayah dan saudara muhammad Abd wahab mnghina dia dll.seluruh mufti dunia dll...

    murid albakani: kalau kamu suparjo menang dlm debat ni.mmg hebat sgt la kamu tu,lebih hebat dr Muhammad Abd Wahhab.jgn kecut pulak yer..dan jgn tk dtg lak...

    murid albakani: wahabi hanya berjaya membunuh 2000 ulamak islam dll,tp tak ada hujjah.tp suparjo ni ada hujjah la konon2nya.MARI KITA PAKAT SAMA2 DTG BILA DAH DITETAPKN MASA DAN TEMPAT.sbagai sokongan kita pd akidah

    BalasPadam
  2. Sejak dahulu (2006), saya dapati 'ustaz' ahmad hafiz sangat menjaga rahsia namanya jika menghantar komen-komen bab 'wahabi sesat' dan tulisan-tulisan yang liar seperti ini sama ada dia menggunakan emel ahbhma@yahoo.com atau mileniam74@yahoo.com . Namun terdedah juga kebenaran pemilik emel ahbhma@yahoo.com ialah ahmad hafiz b mohd alwi apabila dia menghantar satu tawaran dalam forum web perkim, tawaran mengadakan seminar akidah yang meminta pihak perkim menghubungi nama beliau, emel berkenaan dan nombor telefonnya.

    Dalam sambutan emelnya, saya juga bertanya hal-hal seperti di atas, meminta kepastian dan dalil-dalil alquran dan sunah, namun tidak dijawab dengan jelas. Sampaikan daya menulis satu tajuk dlm blog ini bertajuk 'akidah muktazilah?' yang saya kira dia akan menjawab (membidas) untuk membuktikan tulisan saya salah, itu pun tidak dilakukan. Pada saya jika dia membawa bendera kebenaran dan menganggap tulisan saya salah, buatlah pembetulan atau teguran supaya semua pembaca tahu.
    Boleh klik sini
    http://suparjo.blogspot.com/2009/05/akidah-muktazilah.html
    http://suparjo.blogspot.com/2009/07/antara-akidah-nabi-musa-dan-firaun-di.html

    BalasPadam
  3. Seorang yang dikatakan ustaz dan ulama, rapat dengan Jabatan Mufti Pahang masih tidak mahu menulis dlm ruang yang dikhaskan untuknya. Seorang yang mengaku hebat dan ahli debat hanya memilih ruangan cbox, mencuri-curi memberi respon sedangkan banyak orang menunggu hujahannya di sini. Ini responnya, itu pun masih tidak berani menggunakan nama yang telah diberikan oleh ayahnya. Dia gunakan nama 'murid' lagi.

    "murid: dngar khabarnya ramai nnti yg akn dtg utk dgr kebenaran aswj dri ust bakaniyy dan mndngra hujjah sesat suparjo yg mbgtakan bhawa Allah bersemayam atas arasy.."

    Eloklah saya ulang pertanyaan saya kepada ahmad hafiz ini mengenai 'penolakan dia terhadap maksud Allah bersemayam di Arasy' . Para pembaca perhatikan jawabannya (selama ini tidak pernah menjawab pertanyaan saya, mungkin sebab dalam emel, kalau dia jawab pun orang lain tak tahu). Kan dia mahu debat untuk membisukan saya di hadapan orang ramai.

    Soalan saya kepada Ahmad Hafiz, "Jika dikatakan menerima sifat 'Allah istiwa (bersemayam) di Arasy' itu sebagai sesat, mengapa Allah mewahyukan ayat begitu sampai tujuh kali sedangkan tidak ada ayat-ayat lain yang secara khusus untuk menukar erti istiwa (semayam) itu? Malah Rasulullah sebagai penjelas kepada erti wahyu tidak pula menjelaskan sejelas-jelasnya bahawa semua tujuh ayat itu tidak boleh dibaca (difahami) begitu saja."

    Kita tengok jawabannya, harap janganlah panjang sangat. Saya ini kan sekolah tak tinggi, payah nak faham.

    BalasPadam
  4. dan sebagaimana biasa, orang yang saya ajak berdiskusi dengan aman damai tidak berani mencatatkan apa-apa di sini. Dlm cbox blog merata-rata ditulis mengenai Allah wujud tak bertempat sambil menyesatkan sesiapa yang tidak mahu percaya ajaran muktazilah itu. Nama pengirimnya berubah-ubah, tentulah untuk mengelak daripada diketahui peribadinya. Saya tahu inilah orangnya, saya kenal tulisan dan cara mengecam dan memfitnahnya.

    Ciri orang seperti ini ialah dia tidak akan mendedahkan dirinya dalam mengutuk, menghina dan mempersenda peribadi orang yang tidak disukainya. Untuk peringatan, orang ini akan muncul dalam dunia nyata dengan berkopiah dan bermuka manis, tetapi dalam internet dia lupa adab dan akhlak.

    Ciri lain ialah, orang seperti ini sangat takut hujah dan dialognya dibaca oleh orang ramai. Bertahun-tahun dan berpuluh kali termasuk saya membuka ruang ini untuk dia memina hujah, akhirnya 100 persen saya yakin, dia sekalipun digelar ustaz tidak akan menulisnya. Mengapa? Jawabnya, dia tidak mahu kelemahannya berhujah dan pendiriannya diketahui umum. Oleh itu ustaz jenis ini sangat menjaga rahsianya sambil membuat tuduhan pelbagai, demi memuaskan nafsu yang diselaputi baju iblis.

    BalasPadam
  5. syukran kasih dengan penjelasan daripada ust suparjo ini,,memang terlalu banyak kepalsuan yang di bawa oleh ahmad hafiz al-ahbash ini,,,semoga kita semua berhati2 dengan dakwah2 sesat mereka dan memperlihatkan kebenaran yang hakiki kepada kita semua insyaallah....amin

    BalasPadam
  6. Untuk rekod baru tadi kira 9.44 mlm saya telefon Hafiz ini tujuan asalnya hendak pastikan saya nak jumpa dia selepas 15 dis ini, tetapi banyak soalan tapisan yg membawa maksud tak perlu saya jumpa dia.

    Untuk apa saya nak jumpa dia?
    1. Nak tunjuk surat yg saya hantar dulu kepada dia dan minta jawab dengan mulut.
    2. Nak minta dia jawab tuduhan dalam emelnya kepada saya.

    Dalam bualan itu semua ayat saya dipintas dan dimain-mainkan. Kalau saya perdengarkan rakaman ini, pasti orang tak percaya saya bercakap dengan seorang ustaz.

    Mengapa dia berbuat begitu? Tentulah mengelak daripada berlaku perbualan yang tenang dan berlaku tanya jawab yang sopan. Dengan memintas dan mengalih topik, sama seperti pertikaman lidah ahli politik dalam dewan rakyat.

    Saya tak rugi apa-apa atau kehilangan maruah. Saya terus berdiri berani sebagaimana biasa.

    BalasPadam
  7. heheh terbaik s akhi suparjo, rupanya geng ni dah membuli sekian lama

    BalasPadam