KHABAR dari Brunei Darussalam ialah mengenai seorang wanita keturunan Cina, Dayang Jennifer Mok memeluk Islam sambil disaksikan oleh para ahli keluarganya. Saya belum menemukan peristiwa nyaman ini di Malaysia (mungkin tidak dicatat dalam berita). Jika ahli keluarga yang bukan muslim menyaksikan perkahwinan anak setelah memeluk Islam, itu bagai lumrah.
Moral berita di sini ialah Islam telah diterima secara aman damai oleh keluarga Jennifer dan mereka reda, tidak merasa kehilangan seorang ahli keluarga. Lihat foto-fotonya, Jennifer sempurna memakai tudung kepala, dan para ahli keluarganya berpakaian Melayu sebagai saksi juga. Berikut beritanya:
Moral berita di sini ialah Islam telah diterima secara aman damai oleh keluarga Jennifer dan mereka reda, tidak merasa kehilangan seorang ahli keluarga. Lihat foto-fotonya, Jennifer sempurna memakai tudung kepala, dan para ahli keluarganya berpakaian Melayu sebagai saksi juga. Berikut beritanya:
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Majlis pengislaman bagi Dayang Jennifer Mok, 29, yang berbangsa Cina, diadakan hari ini di kediaman Haji Md Yussof, Jalan Kebangsaan Lama, Sungai Akar.
Dayang Jennifer Mok yang memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Amalina Jennifer Abdullah Mok melafazkan ikrar pengislamannya dengan membaca Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai Unit Dakwah Daerah Brunei dan Muara.
Beliau yang bertugas di Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri sebagai Penterjemah Bahasa Cina memilih agama Islam sebagai agama rasminya pada hari ini disaksikan oleh pegawai kanan Jabatan Penerangan dan Pusat Dakwah Islamiah serta anggota keluarganya.
Majlis berkenaan juga diserikan dengan doa selamat dan dikir marhaban.
Majlis berkenaan juga diserikan dengan doa selamat dan dikir marhaban.
Janji bahwa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan mendapat kemenangan; perintah dari Tuhan agar bertasbih memuji-Nya, dan minta ampun kepada-Nya di kala terjadi peristiwa yang menggembirakan.
BalasPadam1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
USNO sebuah parti bumiputera muslim ditubuhkan oleh Tun Datu Mustapa Harun telah mengislamkan penduduk sabah kira-kira 40 ribu orang. Usno bukanlah berasas Islam macam Pas. Agak-agak berapa orang telah masuk Islam atas usaha Pas sejak tahun 1951? Usno pula dah dibubarkan kerana Umno ke Sabah.
BalasPadam