Halaman

Ahad, Mei 24, 2009

KENDURI arwah (bagian 1)

Oleh: Wan Noriah Haji Daud (1986)

Sebahagian umat Islam di negara ini khususnya menganggap kenduri arwah itu diharuskan oleh syarak dan perbuatan itu jika diniatkan pula sebagai sedekah , maka jadilah ia sedekah tatauwuk (sunat) . Mereka beranggapan ,mengadakan kenduri arwah itu baik pada hari pertama , hari ketiga , hari ketujuh , hari keempat puluh dan seterusnya adalah suatu perbuatan yang baik dan di beri pahala jika diniatkannya pula sebagai sedekah.

Anggapan yang demikian itu pernah ditegaskan pula oleh [Penyalin:H.M.Basori Alwi: Selamatan dan Tahlil untuk mayit,H.M.Syarwani Abdan: Simpanan berharga ] Al- Ustaz Mohd Nawawi Muhammad dalam Majalah Hikmah, terbitan Majlis Agama Islam Sabah, Ogos, 1979, halaman 37,[Penyalin: pengarang buku “Apakah Tawassul itu Syirik?-”1996 dan Ustaz Badrul Amin dalam kaset Fadzilat Kenduri Arwah dan Tahlil. Malah Ustaz Badrul Amin sanggup mengandaikan [mungkin] kenduri zaman para sahabat itu kenduri arwah.

Antara lainnya beliau [mereka] berhujah dengan sebuah hadis, bermaksud; ” Daripada Asim bin Kulaib daripada seorang lelaki daripada kaum Ansar, dia berkata : kami telah keluar bersama Rasullullah s. a.w . pada suatu jenazah, maka aku melihat Rasulullah s.a.w. memesankan kepada penggali kubur , beliau berkata; Lebarkanlah dari bahagian dua kakinya dan bahagian kepalanya . Maka manakala Nabi pulang, datang seorang memanggilnya dari pihak isteri si mati (da’i imra’tihii], maka nabi memperkenankannya dan kami pun bersama-sama beliau lalu dihidangkan makanan. Kemudian Nabi meletakkan tangannya kepada makanan itu dan begitu juga orang banyak lalu mereka makan dan kami melihat Rasullullah s.a.w. mengunyah sesuap dalam mulutnya” . ( Abu Daud dan Baihaqi. Lihat Majalah Hikmah, Ogos, 1979, hal.37).

[Penyalin: Asal Hadits salah kalimat ini dikutip daripada Kitab Hasyiyah Ath-thah-Thawi kemudian dinukil oleh pengarang Ghunyatul Mutamalli lalu diikuti oleh pengarang-pengarang kemudian]. Dari peristiwa itu beliau mengambil kesimpulan bahawa pekerjaan ini (berkumpul di rumah ahli mayat dan menyediakan makanan dan orang yang diundang memakan hidangan itu) boleh dan jika diniatkan sebagai sedekah maka jadilah ia sedekah tatauwuk ( Ibid, hal . 38 ).

Beliau juga menjelaskan bahawa dari peristiwa itu, Al Syeikh Ibrahim Al Halabi menfatwakan; “Maka inilah (hadis) yang menunjukkan ahli si mati boleh menyediakan makanan dan mengundang orang kepadanya .” (Ibid, hal. 38.).

Begitu juga kata beliau seterusnya , Al Syeikh Ali Al Qari menerangkan dalam Al Mirqatu Sharhu Miskat , katanya, “Hadis ini menurut nyatanya menolak apa yang telah di tetapkan oleh ahli mazhab kita iaitu bahawa makruh menyediakan makanan pada hari pertama dan ketiga dan sesudah seminggu . Oleh yang demikian pendapat yang mengatakan makruh itu adalah tidak benar .” (Ibid ,hal. 38).

Hadis tersebut dikatakan diriwayatkan oleh banyak ahli hadis. Menurut Al Syeikh Muhammad Ali Al Maliki dalam Bulughul-Umniah, halaman 191 dan 194, hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi dalam Kitab Dalilun-Nubuwah dan juga oleh Iman Abu Daud, juzuk 2, halaman 218 dan oleh Al Syeikh Waliyudin Muhammad Tibrizi dalam Misskatu Al Masyabih, halaman 544 dan -lain ulama hadis.

Persoalannya ialah apakah hadis itu sahih , sehingga ia boleh dijadikan hujah untuk membolehkan kenduri arwah itu diadakan? Prof.T.M. Hasbi Ash-Siddieqy dalam Koleksi Hadis-Hadis Hukum (6:258) menegaskan bahawa pengarang kitab Subulus Salam (3:97) menegaskan hadis itu tidak soheh. Beliau juga menyebut (Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6:258) bahawa dalam kitab Mizanul Iktidal oleh Az- Zahabi disebutkan telah berkata Imam Yahya Al-Qattan: Saya tidak mendapati seorang yang bernama ‘Asim melainkan saya mendapatinya seorang yang tidak baik hafalannya.
(sambung ke bagian 2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan