Halaman

Rabu, Februari 25, 2009

MAKCIK yang pandai melihat?

aAssalamualaikum,
Saya ingin bertanya satu perkara. Saya hingga kini masih belum menemui pasangan lelaki yang sesuai untuk saya. Sehingga kini saya ada berusaha untuk berkenalan dengan seorang dua lelaki akan tetapi mereka ini tidak jujur dan hanya memperalatkan saya untuk wanita lain. Perkara ini benar-benar membuat saya berputus asa untuk mencari teman hidup.

Baru-baru ini saya pergi menemui seorang makcik yang dikatakan pandai "melihat" masalah orang. Makcik tersebut memberitahu bahawa masalah saya ialah orang lelaki "tidak dapat melihat" saya. Oleh itu dia mengesyorkan saya untuk berubat dengannya.

Soalan saya, adakah ramalan makcik ini benar dan perlukan saya berubat dengannya?

Sekian, terima kasih.

Jawapan HF (Hafiz Firdaus)

wa'alaikumussalam warahmatullah,

Jawapan yang diberikan oleh makcik tersebut bukanlah kerana dia pandai melihat tetapi kerana hendak cari makan. Orang-orang seperti ini memang sudah ada preset dan preprogrammed answer.

Jika ukhtie (umpamakan sudah berkahwin) bertanya kepada dia tentang pergeseran kehidupan suami isteri, dia akan jawab bahawa suami ukhtie ada perempuan lain.

Jika ukhtie bertanya kepada dia kes dompet yang hilang di pejabat, dia akan jawab yang mengambil ialah orang yang paling hampir dgn ukhtie di pejabat. Jika ukhtie bertanya tentang mimpi yang bukan-bukan, dia akan kata ada makhluk halus yang mengganggu.

Jika ukhtie bertanya tentang sakit misteri yang tidak dapat diubati oleh doktor, dia akan kata "ada orang buat." Dan begitulah seterusnya. Akan tetapi jika ukhtie bertanya kepada dia, kenapa dia tak dapat melihat bila dan siapa customer akan datang minta ramalan atau tafsiran, dia tak boleh jawab. Kerana dia dan orang sekerjaya dengan dia hanya duduk menunggu customer.

Berkenaan pengalaman ukhtie dengan lelaki itu dan ini, ia memang sebahagian daripada hakikat hidup. Jangan pandang ia dari sudut yang negatif sehingga dijadikan alasan untuk berputus asa. Akan tetapi pandanglah ia dari sudut positif. Jadikanlah ia sebagai latihan untuk menguatkan jati diri, kematangan dan wawasan. Hanya dengan cabaran dan ujian seperti ini yang dapat menjadikan kita insan yang cemerlang.

Insya-Allah selagi mana usaha dilakukan, pasti akan ada orang yang sesuai untuk ukhtie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan