Halaman

Rabu, Januari 07, 2009

KERETA bukan syurga

NAMPAKNYA semua pengguna kereta sekarang berfokus kepada pakai tali pinggang keledar di bahagian belakang. Ke mana-mana masih menjadi isu sehingga Allah juga memberi contoh kemalangan dahsyat di Kelantan yang maragut 10 nyawa. Lalu orang bertanya kepada pemerintah, kecelakaan maut 10 jiwa itu tidak dapat dielakkan dengan tali pinggang keledar. Mujur tidak ada yang menghujah kepada pihak JPJ, jika semua tidak diikat dengan tali pinggang mungkin kematian kurang daripada 10 jiwa. Pihak bomba mungkin dapat memberi tafsiran setelah siasatan.

Tali pinggang keledar belakang ini sebagai tambahan peraturan dalam kereta. Dahulu, tahun 1990-an apabila kerajaan berhasrat untuk mewajibkan penggunaan alat ini, akhbar Berita Harian mengkritik dengan meminta kerajaan tidak menjadikan kereta sebagai sebuah penjara! Ya, semua sudah ditambat dan mesti diam bagai patung. Anak kecil sudah tidak boleh lagi berbaring untuk tidur dalam perjalanan panjang, kecuali ada tali pinggang yang mesra anak-anak tidur. Apa kata JPJ?

Minta maaf JPJ dan pihak berkuasa. Saya mahu tanya, adakah ini sekadar cuba jaya atau akan menjadi tanda aras pematuhan peraturan jalan raya?

Pengguna jalan raya sudah lali disentap oleh JPJ dengan pelbagai peraturan baru. Tentulah JPJ (baca kerajaan) mahu menjaga keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya. Maka kalau kita senaraikan beberapa peraturan, seronok juga untuk mengetahui episod itu sehingga kini.

Apabila kenderaan berat seperti lori dan bas didakwa sering dipandu laju melebihi had, maka JPJ mewajibkan kenderaan berat dipasang tiga lampu kuning di bumbungnya. Konon apabila bas dipandu laju, lampu akan menyala, loceng pula berbunyi dan orang melihat bas ini sudah melampaui had. Bahaya tau! Apa sudah jadi peraturan itu sekarang?

Apabila bas-bas penumpang terlibat dalam banyak kemalangan maut dan pihak polis susah untuk mencari punca kemalangan ini, maka JPJ pun mewajibkan kenderaan berat dipasang kotak hitam macam pesawat terbang. Nampaknya ada syarikat kaut untung sebab sebuah kotak hitam berharga RM1,000. Katakan sebuah ada 15 buah bas, maka siapkan saja RM1500. Beli dan pasang. Apa sudah jadi sekarang?

Apabila penunggang motorsikal didakwa banyak terlibat dalam kemalangan dan puncanya kerana pengguna lain kurang jelas pandangan terhadap motorsikal ini, maka JPJ mewajibkan topi keledar ditampal pelekat pemantul cahaya. Belilah, tampallah…. Agaknya 4 juta topi keledar itu bertampal pelekat yang harganya RM2.00 sekeping. Kiralah bang, berapa syarikat pembekal itu dapat wang. Apa sudah jadi peraturan itu sekarang?

Lihat sajalah tali pinggang keledar bahagian belakang untuk kereta ini……..


Di balik kesungguhan JPJ mahu menjaga keselamatan pengguna jalan raya, cerita orang mendapatkan lesen memandu dengan pembayaran tertentu tanpa ujian praktikal masih kedengaran. Saya nak tanya: Apa kesudahan pendedahan puluhan ribu lesen terbang itu? Lesen memandu yang dikatakan lesen terbang itu betul-betul sah dikeluarkan oleh JPJ, bukan dicetak di belakang kedai.

Pengguna juga yang salah.

1 ulasan:

  1. saya suka memakai tali pinggang keledar kalau hendak pandu laju supaya terasa kemas dan tidak tergoyang badan terutama dekat selekoh.

    BalasPadam