Halaman

Sabtu, November 15, 2008

PENGALAMAN Ustaz Hasrizal Jamil

Penulis paparkan pengalaman Ustaz Hasrizal Jamil (Saiful Islam) mengenai saudara baru yang didakyahkan mengenai perkataan 'wahabi'. Tidak banyak bedanya pengalaman penulis yang melepaskan seorang remaja yang baru memeluk Islam kepada seorang 'guru akidah'. Atas nama percaya 'guru' itu tahu seni dan teknik memberi ilmu akidah, penulis pasrah. Malangnya 'guru' itu menyumbat dengan dakyah dan propaganda antiwahabi tanpa apa-apa pengertian.
Berikut catatan Ustaz Hasrizal Jamil
Saya rasa ulasan tentang Wahabi itu sudah banyak, dan boleh dikatakan keseluruhannya baik, Insya Allah. Saya sebenarnya sentiasa avoid untuk tersentuh semula bab ni sebab saya rasa, pengalaman lepas sudah cukup memeritkan, terutamanya semasa melihat adik-adik di Jordan berperang sesama sendiri, tidak bertegur sapa dan macam-macam lagi insiden yang memalukan, semata-mata atas isu ini. Malah, semasa di UK dan Ireland pun keadaannya sama. Pendek kata, apabila bincang bab Wahabi ni, banyak sungguh masa terbuang. Sebab tu kalau nak bincang pun, saya cuba mencari sudut yang belum pernah saya sentuh.

Anyway, saya terkenang semasa di Ireland, saya ada seorang housemate berbangsa Perancis yang pada masa itu baru 9 bulan masuk Islam. Dia masuk Islam selepas beberapa ketika terpikat dengan falsafah, dan keindahan syair-syair Jalaluddin ar-Rumi. Jadi, orangnya agak ‘sufi’ dan jiwanya halus. Malang sekali, dalam usia Islamnya yang begitu muda, dia telah menerima suntikan maklumat supaya berhati-hati mempelajari Islam sebab jika tersilap, akan terjebak ke belenggu Wahabi!

Suatu hari, dia bersembang dengan saya secara personal. “Hasrizal, I have a good news but it is not that good!”. Hairan saya mendengarnya lalu saya bertanya, “what sort of statement is this? I can’t see what you are trying to tell me”. Katanya, “my wife is pregnant and I’m gonna be a daddy!” Wow, ini sepatutnya menjadi berita gembira. Saya tanya dia, kenapa pulak awak tak begitu gembira dengan berita ni? Dan jawapannya amat mengejutkan saya.

Dia gembira apabila mendapat tahu isterinya mengandung. Tetapi dia dihantui rasa bimbang hingga paranoid. Katanya, dia orang sufi, suka kepada zikir-zikir dan meminati Jalaluddin ar-Rumi. Dia takut apabila anaknya dah dewasa, anaknya akan jadi Wahabi dan mengkafirkan dia kerana sufinya dia! Ya Allah, rasa nak putus jantung saya dibuatnya.

“What are you talking about, mate? All these are nonsense!”, rasa nak mengamuk saya dibuatnya. Itulah kali pertama dia sebut tentang Wahabi kepada saya dan apabila saya siasat, rupa-rupanya dia telah diberikan berbelas keping artikel tentang bahaya Wahabi sedangkan, dia baru sahaja belajar bertatih di dalam ilmu Fardhu Ainnya.

Ya, itu satu kenangan silam saya tentang Wahabi.

3 ulasan:

  1. Salam, itulah hakikat yang terpaksa diterima suparjo. Kerana memang ada penganut wahabi yang bersifat demikian. Ramai atau sedikit saya kurang periksa. Saya sendiri pernah mengalaminya. Semasa menunggu keretapi di stesen jerantut, saya beramah mesra dengan seorang pemuda wahabi. Baru 5 minit berbual dia sudah mula memburuk-burukkan ulama-ulama setempat yang bukan wahabi. Baginya hanya ustaznya sahaja betul. Dia juga memburukkan ulama-ulama mazhab syafie. Mula mempertikaikan qunut subuh dan bismillah dalam sembahyang. Saya yang amat dangkal mengenai wahabi terpinga-pinga. Apa kena dengan budak ni? Saya cuba pertahankan imam syafie dengan mengatakan beliau mempunyai hujah atau nas untuk hal qunut dan bismillah itu. Tapi pemuda tersebut tak mahu terima. Walaupun pada masa itu saya belum mengerti wahabi yang sebenar, saya sudah merasakan bahayanya pengaruh wahabi ini. Ia bahaya kerana pengikut-pengikut wahabi agak berlebih-lebihan dalam menghukum amalan orang lain. Terkadang terfikir jugak saya, adakah wahabi ini khawarij?

    BalasPadam
  2. Dari hadits qudsiy yang mana Allah berfirman: ”Barangsiapa memusuhi waliku sungguh kuumumkan perang kepadanya, tiadalah hamba Ku mendekat kepada Ku dengan hal-hal yang fardhu, dan Hamba Ku terus mendekat kepada Ku dengan hal-hal yang sunnah baginya hingga Aku mencintainya, bila Aku mencintainya maka aku menjadi telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, dan matanya yang ia gunakan untuk melihat, dan menjadi tangannya yang ia gunakan untuk memerangi, dan kakinya yang ia gunakan untuk melangkah, bila ia meminta pada Ku niscaya kuberi permintaannya....” (shahih Bukhari hadits no.6137)

    Cuba suparjo fahami hadis qudsi di atas dengan kaedah akidah wahabi. Saya tak sanggup nak kata secara lahiriah Allah menjadi telinga saya. (Nauzubillahiminzaalik). Saya kena faham bahawa maksud kenyataan itu ialah telinga saya hanya akan mendengar apa yang diredhai Allah sahaja. Begitu juga dengan mata, tangan dan kaki.Bukan makna zahiriahnya.

    BalasPadam
  3. Jika seseorang itu punya semangat yang meluap2, maka akalnya akan diletakkan di nombor dua. Kebijaksanaannya pula nombor tiga. Jangankan orang yg terdakwa 'wahabi' telah menggusarkan anda, malah ada org yang masuk MLM pun akan bersikap keras untuk mempangaruhi orang lain.
    Kita harus tahu membedakan antara peribadi dengan prinsip yang dipegangnya supaya apabila membuat kesimpulan tidak secara generalisasi yang berpanjangan dan berketurunan pula.

    BalasPadam