Halaman

Jumaat, Mei 23, 2008

PKPIM diganyang!


MUNIRAH Bahari ketua Hal Ehwal Wanita (Hewa) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan agar baju berwarna putih pakaian seragam murid sekolah menengah ditukar kepada warna lain. Menurutnya, warna putih berkenaan kelihatan telus dan masih menampakkan sosok tubuh murid, ertinya ada tarikan seksual oleh yang melihatnya!

Wah ini tentu meletup! Memang sedang meletup, dan pandangan PKPIM ini sedang diasak oleh pelbagai pihak. Pandangan ini diasak kerana PKPIM mahu melindungi tubuh wanita daripada mata keranjang manusia lelaki jalang. Ya, tentu lelaki yang bernafsu jalang sedang berpakat menggunakan media untuk menghentam pandangan PKPIM.






Juga tidak aneh jika ada pertubuhan yang konon berjejak Islam seperti Sisters In Islam (SIS) akan turut mengganyang pandangan PKPIM. Siapa SIS, semua bisa tahu.

Pandangan PKPIM telah dieksploitasi untuk diberi citra buruk. Mancadangkan agar tudung labuh dikenakan pada pakaian seragam sekolah cukup untuk digambarkan idea Taliban. Nama Taliban bukan syurga dunia tetapi wakil pengganas yang membentuk neraka dunia. Itu kata kamus Amerika. Dan antek atau wakil-wakil Amerika sedang bermegah dan cuba membentuk pandangan umum di negara kita. Amerika dan yang sefikrah dengannya cukup senang kalau alquran dan sunah dijadikan kertas kesat jamban. Di Iraq, seorang tentera Amerika menjadikan alquran sebagai objek latihan menembak. Di Kem Guantanamo Cuba, alquran dimasukkan ke dalam lubang jamban! Adakah SIS yang mendakwa berpaksi Islam merasa terhina dengan tindakan tentera Amerika? Tidaklah…., ahli-ahli SIS masih enak-anak seadanya.

Untuk rekod, pemakaian tudung oleh wanita muslim adalah arahan Allah dalam alquran surah an-Nuur ayat 31. Mengapa Allah sampai menyuruh muslimah memanjangkan kain tudungnya sehingga menutup dadanya? Sebabnya dada wanita adalah tarikan seks untuk lelaki. Sekalipun sudah dalam baju, kalau saja masih jelas bentuknya, mata jalang lelaki akan menitip di sana.

Sekarang siapa yang berpegang pada alquran dan sunah dalam kehidupan, labelnya ialah Taliban yang membina neraka dunia (kata Amerika). Demikianlah orang-orang bermazhab jahiliyyah, melihat Islam dengan cemas seperti zaman Rasulullah di Makkah. Kafir Quraisy di Makkah dahulu tidak memburukkan alquran, tetapi mengatakan Rasulullah sebagai manusia edan. Hari ini yang anti Islam tidak memburukan alquran dan sunah, tetapi megatakan yang berpagang kepada alquran dan sunah adalah Taliban Pengganas Dunia.

Sunah Islam, sunah dakwah tidak diterima melalui permaidani merah. Mehnah atau tribulasi adalah sunah kepada yang mahu menjalani kehidupan yang kaffah berdasarkan manhaj alquran dan sunah. Berbahagialah yang mantap dan sabar. Berbahagialah, kerana janji Allah benar.

1 ulasan:

  1. Mereka masih menganggap ringan pandangan PKPIM dalam hal ehwal permakaian. Lihat sahaja apa kata hishamuddin yang mengangap pakaian anak-anak ini masih tidak seksi dan sesuai digunakan.Tidakkah mereka fikir andaikata hujan apa akan ditunjukkan oleh anak gadis ni?? sudah tentunya susuk tubuh yang seolah-olah tidak beralas,kerana kain yang digunakan nipis sekali..

    Mungkin apabila anak seorang menteri yang bersekolah diperkosa,barulah tindakan akan diambil

    BalasPadam