Salam sejahtera pejuang antisalafi.
Bersyukurlah kepada Allah sahabatku, kerana dengan izin Allah saya masih mampu menulis bab-bab salafi begitu panjang dan berkualiti untuk awak tatap. Malah saya dengan rela membuat tulisan khas membimbing awak menjadi pejuang dan pembunuh hujah salafi.
Saya percaya di sisi dan belakang awak ada puluhan ustaz dan ribuan penyokong dalam usaha murni(?) awak membanteras fahaman salafi. Membanteras salafi bukan boleh macam spray racun serangga, mesti membalas dan mematahkan hujah geng salafi ini. Ajaklah kawan-kawan awak dalam usaha ini. Saya hanya dapat membantu memberikan panduan dan memberikan isu hujahan salafi dalam hal-hal yang memang awak sangat anti. Jadi apabila awak sudah dapat informasi ini, terus hentam dan pukul mati hujah yang diberi supaya tidak tidak ada lagi hujah salafi merayau-rayau di minda umah.
Isu yang saya akan sampaikan ialah hujah salafi bahawa ‘kirim pahala tidak ada dalam ajaran Islam’. Ini bermakna pada fikrah salafi, buat kenduri arwah tahlil, baca yasin yang pahalanya dikirim kepada arwah benda-benda baru yang tidak ada dalam ajaran alquran dan sunah nabi.
Beginilah sahabatku antisalafi, anggaplah saya yang berfahaman kirim pahala tidak ada dalam ajaran Islam. Jadi, saya tidak akan mengaitkan sesiapa untuk hujah ini, melainkan diri saya juga. Saya selamat daripada menyeret orang lain dalam hal ini. Awak sebagai pembunuh hujah ini juga fokus saja kepada saya, bukan mana-mana orang, nanti tak pasal-pasal mengumpat dan memfitnah rang pula.
Amal ibadah seperti bacaan quran atau set modul bacaan dalam tahlil arwah itu tidak berguna kepada arwah. Buat ngabih boreh je!
Pertama: Fitrah manusia pun menolak kaedah sedekah dan tolong kirim pahala. Senang saja, sendiri baca quran dapat kepada diri sendirilah pahalanya. Kalau semasa hidup si arwah tak baca quran langsung, tak adalah pahala bacaan itu. Tak faham lagi? Awak kerja dengan jabatan mufti, awaklah yang dapat gajinya, tak mungkin gaji awak dihantar kepada saya. Lagi, A yang berniaga jadi A yang dapat keuntungan. B tidak berniaga, B tidak dapat hasil. Itulah fitrah manusia dan fitrah dalam ajaran Islam. Saya yakin awak pun kerap mendengar hujah para ustaz begitu ketika mengajar agama mengenai pentingnya hidup melakukan amal soleh. Betullah ustaz itu. Setakat ini awak tahu nak pukul mati hujah saya? Kalau tak tahu, maknanya awak menerima hujah logok fitrah manusia.
Kedua: Banyak sungguh ayat dalam alquran yang memberi maksud setiap individu hanya menanggung dosa dan pahalanya sendiri. Maksud lain ialah, orang lain tidak menanggung dosa dan pahala kawan atau keluarganya. Ini bermakna pahala amal ibadah awak hanya untuk diri awak, bukan untuk saya! Cuba perhatikan maksud firman Allah ayat 15 surah al Isra’ “Sesiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya perbuatan itu untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat untuk dirinya sendiri. Dan seseorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutuskan seorang rasul.”
Selain itu awak boleh jumpa maksud yang serupa dalam surah alBaqarah atau 123 dan 286, surah Ankabut ayat 6, surah Yasin ayat 54, surah Najm ayat 38 dan 39 serta surah Luqman ayat 33
Sandaran alquran adalah sebesar-besar bukti dan hujah kerja mengirim pahala hanya ‘mengabih boreh’ kenduri. Bolehkah alasan 100 ribu orang bertahlil berkirim pahala mengalahkan hujah penafian ayat-ayat Allah? Keimanan awak terhadap alquran pasti menyebelahi alquran. Ini bermakna berkirim pahala bukan sunah. Apa-apa hujah dan dalil jika berlawanan dengan fakta alquran dengan sendirinya batal. Semua kena padan dengan alquran, termasuk mana-mana hadis. Lagilah kalau hadis daif, dahlah matannya berlawanan dengan quran, sanadnya pun dah roboh.
Satu lagi brader antisalafi, kalau kita kata pahala dan dosa orang boleh dipindah atau diwaris-waris, dah macam agama kristian. Akidah kristian ialah dosa Adam diwarisi semua manusia, lalu percaya Isa dibunuh untuk membersih dosa warisan ini. Kirim pahala itu wariskan pahala namanya!
Macam mana nak bedal hujah ini ye? Awak fikirlah dengan rakan-rakan. Orang yang mempertahanklan tahlil arwah ini bersepah. Pakat-pakatlah fikir nak pukul mati ayat-ayat alquran ini. Kalau sudah, dan terbuka hati, terima sajalah hujah ayat Allah ini sekalipun berlawanan dengan adat dan hawa nafsu sekalipun 100 ribu aktivis tahlil arwah.
Ketiga: Yang ini hujah tidak mahu kepada kenduri-kenduri arwah ialah dari sudut ekonomi dan sosial. Kalau orang kaya memanglah boleh buat kenduri sampai tujuh puluh malam berturut-turut, kalau miskin mana mampu kena tujuh malam turut-turut. Malam 40 lagi, kemudian malam 100 dan lagi malam 1000. Ini semua fakta di kampung sayalah! Pak kiyai atau ustaz tekong tahlil ini pun satu hal, dalam kuliahnya cakap tahlil bukan wajib, tapi apabila ada kematian tanpa diundang datang terus malamnya. Mahu tak mahu tuan rumah ahli si mati kenalah siapkan secawan dua air dan nasi malam. Bukan seorang dua, sampai 20 orang, teruklah hamba Allah tu kena beri makan imam tahlil dan krewnya.
Bohonglah kalau ada orang miskin sengaja tak buat kenduri arwah bermalam-malam atas sebab kemiskinan, dah jadi wajib sekalipun atas bibir kata bukan wajib! Sanggup berhutang. Geng awak seronok dapat makan percuma tujuh malam, kemudian kalau ada orang lain mati, sambung lagi makan percuma tujuh malam lagi! Buruklah akhlak ahli tahlil macam nih.. Dah semua main taqlid ikut kata imam tahlil. Saya tak tahu nak ulas macam mana imam ini.
Kalau awak sudah tahu kirim pahala tahlil itu bukan daripada Islam, berlawanan pula dengan anjuran alquran, tapi masih menyerang pula salafi lain dalam bab tahlil, nak kata apa lagi kepada awak ini……… rujuklah alquran, apa yang Allah gambarkan orang macam ini.
Adakah saya menghukum sesat dan kaki bid’ah kepada orang yang buat tahlil kirim pahala itu? Kebanyakan mereka jahil, tak tahu asal usulnya, tak tahu pun larangannya. Kami sahabat salafi nak dakwah hal ini dicop macam-macam. Kalau dah begitu tidak adil saya tuduh bukan-bukan kepada mereka. Kalau ahli keluarga saya yang buat kenduri itu, dan mereka hanya taklid, saya hadir dan makan. Hadir tanda hormat sesama insan. Kalau dengan bukan Islam saya boleh hormat sesama insan, takkan dengan sesama Islam saya nak bergaduh. Namun prinsip saya, sama seperti tiga hujah di atas.
Tak tahulah apa pendirian awak sekarang, masih berkeras menolak hujah saya (bersandar ayat-ayat Allah) atau sudah mula faham fikrah alquran dan sunah.
Jika awak mengatakan ada orang berfikrah salafi membid’ahkan ahli tahlil arwah, saya bukan orangnya. Bahasa penerangan saya berbeda mengikut orang yang mahu saya jelaskan. Kepada awak yang agresif menyerang saya setiap kali saya mencatat bab salafi, jadi beginilah laras bahasa saya. Awak yang mulakan, bukan saya! Kata orang, takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Inilah yang sedang awak rasakan.
Saya kena releks dulu, ambil angin… dan menunggu respon awak.
Sekian.
(Emel ini pun tidak direspon oleh orang antisalafi di Jabatan Mufti)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan