Halaman

Sabtu, November 17, 2007

internet sedang mencabar (2)

SEKALI lagi internet sedang mencabar dunia fizikal yang nyata. Semasa Perhimpunan Agung Umno mutakhir, para pemimpin Umno sehingga Presiden atau Perdana Menteri telah memberi respon terhadap perhimpunan 10 Novemver. Tidak ada iklan perhimpunan itu dalam media cetak arus perdana, segala maklumat terkini itu ada dalam alam siber.
Bermula dengan amaran oleh PM, kemudian berlangsunglah tarikh 10 Nov itu. Media cetak utama 11 Nov tidak ada memaparkan apa-apa kejadian besar di KL, kecuali Bernama menyebut ada kira-kira 4000 orang berhimpun dan diselesaikan oleh polis.

Namun sejak 11 Nov media melapor ucapan pemimpin utama, ulama dan terakhir kenyataan rasmi dari Istana Negara mengenai perhimpunan hari Sabtu 10 Nov. Kalau 4000 orang dan telah diselesaikan oleh polis, semua boleh pulang dan tidur lena. Mengapa sampai Istana Negara buat kenyataan?

Mesej-mesej ini sebenarnya memberi respon kejadian besar yang tidak dinyatakan oleh media utama. Kejadian besar di KL itu hanya dilapor secara meluas dalam internet, dengan segala bukti bergambar dan ulasan-ulasan secara bebas. Keadaan ini tentulah mencabar status quo pemberitaan semasa.

Jika sebelumnya apa-apa berita dari internet sering digambarkan berita separuh masak, khabar angin dan tidak sah, nampaknya semakin lama semua pihak terpaksa mengakui kesahihannya. Ops, bukan sekadar mengakuinya, malah memberi respon dan akan bertindak berdasarkan berita alam maya. Sekali lagi, pihak yang tidak percaya pemberitaan atau maklumat dalam internet tercungap-cungap, ketinggalan bas.

Sebelum ini ada pihak (bukan ahli politik) yang bimbang kehilangan pengaruh kerana maklumat internet seperti berfatwa: mencari maklumat dalam internet bererti mencari berita daripada syaitan! Tampaknya orang-orang seperti ini akan mula belajar membuat emel dan mengingat passward.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan