tag:blogger.com,1999:blog-8285359157350511210.post4168957419964423292..comments2023-10-25T17:40:27.638+08:00Comments on himbauan desa: MENEROKA jiwa manusiasuparjo@blogspot.comhttp://www.blogger.com/profile/06544296487108979429noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-8285359157350511210.post-80822194122665621042008-09-07T00:09:00.000+08:002008-09-07T00:09:00.000+08:00Pertama, saya belum sedia dianggap seorang serba f...Pertama, saya belum sedia dianggap seorang serba faham maksud kuliah Dr Asri. Namun prinsip Dr Asri ialah apa-apa juga pegangan dan amalan dalam akidah dan ibadah wajib menurut alquran dan sunah. Sunah ertinya hadis-hadis sahih, khasnya dalam aturan akidah dan ibadah. Kerana pemahaman hadis sahih dan tidak sahih inilah ada sedikit perselisihan dalam masyarakat. Saya percaya kritikan Dr Asri terhadap Jemaah Tabligh bukan untuk meruntuhkan jemaah itu atau melarang orang daripada menyertai ekspedisi dakwahnya. Maksudnya ada antara pegangan ahli jemaah itu yang disandari hadis yang bermasalah. Bukan sahaja ada ahli JT yang amalkan hadis palsu atau daif, malah dalam kalangan yang bukan jemaah JT pun.

Kedua, saya kurang setuju untuk secara total mengaitkan tahap kecemerlangan seseorang guru dalam kerjayanya atas kegigihannya juga dalam JT. Sama juga tidak usahlah mengaitkan kekelaruan rumah tangga mereka dengan aktiviti dalam JT. Banyak faktor yang menyumbang seseorang untuk cemerlang atau gagal dalam kehidupan.

Sama ada kita suka atau tidak kepada JT, jika hendak menilai JT hendaklah dengan jujur dan adil. Benar dikata benar, salah dikata salah. Kalau yang salah hanya pada manhaj, janganlah dibesar-besarkan kerana JT juga telah menyumbang kebaikan kepada masyarakat. Namun apabila kita menyertai sesuatu jemaah atau organisasi, janganlah menjadi fanatik sehingga melihat mereka yang bukan anggota sebagai tidak sempurna amalan dan perjalanan hidupnya.

Wallahu aklam.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8285359157350511210.post-5846783942370289002008-09-06T14:03:00.000+08:002008-09-06T14:03:00.000+08:00Assalamuialaikum. Saya berminat dengan usaha dakwa...Assalamuialaikum. Saya berminat dengan usaha dakwah tabligh dan berhasrat menyertainya kerana satahu saya jemaah itu mengamalkan sunnah dalam kehidupan mereka. Namun saya ada menonton kuliah Dr Asri Mufti Perlis yang memburukkan jemaah dakwah tabligh itu. Tuan sebagai orang yang faham dengan ajaran yang disampaikan oleh Dr Asri, saya mohon memberi panduan kepada saya samada saya patut mengikuti jemaah tersebut atau tidak. Setakat yang saya tahu, dari segi amalan mereka tiada yang bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Kawan-kawan saya yang mengikut usaha dakwah tabligh di kawasan saya, kebanyakannya adalah guru-guru yang cemerlang di sekolah. Sesetengahnya pula di pilih oleh PPD sebagai pakar motivasi kepada sekolah-sekolah. Saya kurang faham keadaan ini bila menonton kuliah Dr Asri. Bagaimana usaha tabligh yang tidak bagus dan banyak amalan sesat itu dapat melahirkan guru-guru yang cemerlang. Untuk pengetahuan tuan, semua guru yang terlibat dengan tabligh di kawasan saya telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Harap tuan dapat membantu saya menangani kekeliruan ini. Terima kasih.Anonymousnoreply@blogger.com